Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

Jom tengok result SPM!

Assalamualaikum people! 

How's your day? Mine was absolutely disaster for these few days.
With lots of tests, assignments, laboratory report. 
It was like, pfft! -.-
Penat okay, serious tak tipu.
Asyik tengok nombor je dua tiga hari nih. Dari sekecil-kecil nombor sampai sebesar-besar nombor. Urff!
* Sumpah meja sangat berterabur semenjak dua menjak nih. hidup dah tak teratur! Huu

Actually nak balik Teluk Intan hari nih, nak renew car license. Tapi bila pikir-pikir dah macam malas pulak nak packing barang semua. Takpelah, sabtu n ahad nih duduk je lah dalam UTP nih, hari isnin nanti lah renew dekat post office. Check.

Saya obses dengan Taylor Swift! *Tetiba*
Okay bukan nak cerita pasal Taylor Swift. Hehe.
* Grr. Sangat comel! Plus plus lagu n suara yang sangat awesomeeeeeeee! I love you!
*Dah macam apa je -.-*

  1. Takutnya nak tengok result SPM!
* Sekadar hiasan. Ihsan : Uncle Google.

  • Haaa result SPM dah keluar hari rabu hari tuu tak silap. Rasanya laa. Betol tak? Hehe. So, nih Kak Nazira *bold sikt Kak Nazira tuu. Huu* nak ucapkan Congratulations! pada semua yang ambek result SPM last few days. Tak kira yang dapat straight A's or half je A's or yang takde A pon, tak kisahlaaa. Congrates semua okay! Alaaa akak pon bukan straight A pon dulu, chill je. Huhu. *Chill laa kan sebab dah tau memang tak berapa nak pandai pon. So, terima je keputusan tuu, setimpal pon dengan usahanya. Ngee* 
  • Teringat dulu masa nak SPM, *ish dulu study hard jugak masa nak dekat-dekat SPM, Sejarah Fizik semua hafal bagai nak rak!* tambah pulak dengan high expectations dari family, memang tekanan laa. Lagi tekanan masa nak tengok result, pagi-pagi dah pikir 'tengahari or petang-petang nanti sure makcik-makcik sedara call nih tanya SPM dapat berapa, tak dapat bagus, maluuuuuu'. Memang cuak lah nak tengok result. Tapi Alhamdulillah lah even tak dapat straight A's tapi semua credit. Balik istana masuk mengadap mama and ayah tuu yang paling menakutkan! Huhu. So, macam biasa lah hadap je lah kan. Semua result yang saya dapat macam biasa tak pernah dapat puaskan hati parents. Tapi takpe, kita nih sebagai anak faham diorang parents mestilah nak tengok anak-anak diorang nih berjaya, dapat keputusan cemerlang, boleh dibanggakan. Tapi, kalau dah setakat tuu je kemampuan kita, nak buat macamana kan. Even dah study terok tetap dapat banyak tuu jugak nak buat macamana, bersyukur je lah. Sebenarnya kita nih manusia semua sama je, tak boleh nak cakap 'ko takpelaaa pandai, aku tak pandai'. Orang yang pandai tu lahir pon bukan terus pandai, belajar jugak macam orang lain. belajar kenal huruf, mengeja, barulah boleh baca dengan lancar. Yang bezakan kenapa orang tu dapat lebih tapi kita dapat sikit, ialah usaha kita. Dah kita usaha sikit, dapat pon sikitlah. So, jangan sesekali salahkan parents kalau mereka kecewa dengan apa yang kita dapat. Salahkan diri sendiri sebab tak beri yang terbaik. But, parents pon sepatutnya lebih memahami pada waktu-waktu anak-anak perlukan semangat dari kalian. Beri mereka semangat untuk terus berusaha bukan memperlekehkan apa yang telah diperolehi. Perlu ada rasa bertimbang rasa. Tu yang penting. Rumahtangga yang bahagia datang daripada hati yang ikhlas yea, akal yang cerdas yea. Dah macam Johan Raja Lawak dah. Haha *Okay takde kena mengena*
  • Berada pada tahap nih, di salah satu Universiti  yang meletakkan a very high expectation on every each their student memang bukan mudah. Lagi banyak tekanannya yea wahai adik-adik. Tabahlah. Banyak lagi yang perlu korang lalui. Bukan setakat SPM tu je okay. Move forward, tingkatkan lagi usaha okay! *Cewah, nasehat orang cukup hebat. Huu* 

* Nak promote satu link, especially lah untuk bakal-bakal pengantin yang perlukan perkhidmatan membuat kad kahwin style baru, urban and fresh! Sekarang nih macam-macam pattern kad kahwin kan. So, sini saya nak suggestlah few my friends ada buat business designing, not only for kad kahwin, but banner, t-shirt, business card, etc. Korang boleh contact Mr. Anip Adnan nih or like sini. *Tak faham betol, last point mesti nak cakap pasal wedding*

Okay peeps, have an enjoyable weekend! 
Assalamualaikum!


Saturday, March 19, 2011

Tsunami? HMM?

Assalamualaikum!

Nothing much, saja nak conteng-conteng jap kat sini. Hehe. 


1. Takziah buat Jepun.
  • Macam yang umum tau kan sana-sini bercakap pasal Tsunami yang melanda Jepun baru-baru nih. And yes, banyak jugak feetback dari orang-orang awam tak kira yang mengutuk atau melahirkan simpati on what had happened. Takpelah, bagi saya apa-apa pun semua tu ada sebab dan hikmahnya Allah turunkan sesuatu bala tu sama ada mahu menguji ataupun balasan kepada umatnya. Wallahua'lam. Yang kita boleh buat, doa yang terbaik moga mereka kuat hadapi bencana yang melanda. Tak dapat bayangkan kalau jadi dekt negara sendiri. Na'uzubillah.





* sedihnyaaaaaaa. seriously tak dapat imagine kalau kita yang lalui semua nih. 






2. Hikayat Merong Mahawangsa.
  • Hehe. Lagi satu nak cerita bahawasanya saya sangat teruja masa tengok movie HMM nih! Even bahasa nya yang sangat klasik, agak susah nak faham tapi ceritanya for me laa sangat best! Maybe ada certain-certain part nampak agak kartun but overall okaylah. Nice one! Rugi siapa yang tak tengok lagi! Hehe. Rasa nak tengok lagiiiiii~

Laksamana Liu Yun and Merong Mahawangsa

Kesum, Embok and Merong Mahawangsa

Kemawas yang annoying! yek yek!

Auww. Prince Marcus from Rome! 

Raja Langkasuka!

Prince of Rome and Princess of China

* ish, memang best! siapa tak tengok, jom kita tengok sama-sama! 4star from 5! jyeah!


3. Korea Oh Korea.
  • Haa yang nih sedih sikit. Ada orang nak pergi Korea nak tinggalkan saya dekat sini. Alaaaaa nanti saya rindu macamana? isk. isk. Nak ikot boleh? Huuuu. Takpelah, jaga diri baik-baik sayang! Seminggu je bukan lama, aku je saja gedik. Kihkihkih. Buwek, biarlah! Haha






* sekarang nih sukaaaa sangat tengok picture-picture photoshoot outdoor pengantin-pengantin. ada yang buat dekat rumah lama, tepi laut, dekat tasik, dekat dalam hutan, dekat bendang. ish cantek-cantek! Okay, takde kena-mengena. -.-



Okay, have a good day people!
Assalamualaikum!






Sunday, March 6, 2011

Gemuk? urrrrffffffff!

Oh, hi friends!
Assalamualaikum~


Okay, takde buatpe pon. Sambil-sambil dengar radio je nih. Ish, kekadang meluat dengar diorang nih berceloteh. Ntah apa yang diorang mengarut madah-madah cintalah apa lah. Bosan! Orang nak dengar lagulah bukan nak dengar korang mengarut! Grr. Lagu pulak macam dah takde idea sangat nak buat lagu. Ish, jangan mengarut sangatlaa kalau buat lirik tuu. *Over pulak marah* -.-"


Saya dah gemok. Yes, seronoknyaaaaa dah gemok! Adoi. Semua cakap saya dah gemok. isk, sedih sedih. Siapa yang cakap? Meh nak sepak laju-laju! Huu.
Camne nak bagi tak gemok balik nih? Nak macam dulu-dulu balik~ isk isk. Encik Anip pon dah kata saya gemok~ Urrrfffffffff! -.-" 


Pastu, saya tetibe rasa macam nak suruh Pakcik Google tolong google-kan untuk saya petua-petua untuk kurus. Huu. Okay, jom kita baca sikit :


1. Air limau nipis boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.



* heh, mana pulak nak cari limau nipis limau kasturi bagai dekat sini. -.-"
2. Serbuk teh cina yang mujarab.

Caranya: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

* aaa tak sedap kot teh cina nih~ next! next! 

3. Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

* nih best laa sikit. kalau beli je yang sejuk dekat 7Eleven tuu boleh tak agak-agak? -.-"

4. Teh Cina + serbuk kayu manis + madu
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

* serbuk kayu manis? macam tak sedap je. taknak!

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

* Okay, takde kena mengena dengan bersalin-bersalin nih. next! -.-"

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

* Oh~ untuk lelaki buncit je eh? haa, eloklah kalau Encik Anip baca nih eh. Haha. Kalau perempuan buncit cane pulak? O.o" 

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.



* teh tanpa gula eh, dah rasa apa je camtu. ish.


Heh, semua pon tak best. Dah laa, malas nak ikot. Janji kita happy sudah~ Biar je lah cani. Kesah pulak. Haha. Makanlah apa korang nak makan. Tapi jangan melampau sangat dah laa eh. Nanti kalau gemok sangat, korang jugak yang menyesal. Hehe. Peace! Assalamualaikum!




* nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa!







Tuesday, March 1, 2011

Convocation Day!

Weh weh weh! Saya seronok! Haha.
Adoi, seronok betol nih. Tak tipu punyaaa. Sebab apa? Tengok title laa. Adoi. Hahaha.

Assalamualaikum! (^.^)

Macam entry before nih, saya story pasal persiapan and ketiaksabaran saya untuk ke Behrang sempena dengan Majlis Konvokesyen Kali Ke-7, Politeknik Sultan Azlan Shah. So, this entry is absolutely saya nak story pasal kemeriahan sekitar before the ceremony and during the ceremony.

Macam biasa, sampai-sampai depan pintu bilik hotel je, pembuka bicara 'ekiiiiiiinnnnnnn~ monaaaaa~ manjaaaaaaaaa~ hyeeeeee~ hahahahahahahahaha' gelak dulu yang penting. Nampak-nampak muka terus rasa nak tergelak. Haha. Mereng. Semua maintain je macam dulu. *Maintain ke?* Haha.

 
* haha. geng cermin.

Then, kitorang g keluar makan malam sama-sama, pergi pasar malam sama-sama, just like what we always did before. Rasa macam masih student poli. Huhu. 
Then, esok awal pagi sudah ke poli untuk Majlis Raptai Konvokesyen. Semua Jabatan terlibat. Jabatan Mekanikal, Jabatan Awam, Jabatan Elektrik, Jabtan Perdagangan. 
Ada penyampaian Pingat Ketua Jabatan sekali, and Alhamdulillah, terselit lah jugak nama 'Nazira Shafinaz Bt Mat Nazari' nih di antara penerima-penerima pingat. Heh, bangga weh! Huhu. Banggalaa dengan pencapaian diri sendiri kan. Huu. 
Then, ambik jubah apa semua pastu makan tengahari dekat Behrang2020. Baru ingat nak makan nasi ayam makngah, tapi dari jauh makngah dah angkat tangan tanda 'takde' dekat kami. Hancur harapan! T.T
Petang berlalu macam tu je sebab kitorang menghabiskan masa dengan tidur sebab penat sangat dah. Ngee. Then petang macam biasa ber-ronggeng rokiah dekat Proton City, makan rojak, makan keropok lekor, makan goreng pisang, minum air tebu, sambil snap-snap pic. Actually banyak lagi pic  tapi dekat camera orang lain so nih apa yang ada je lah. Huu. 

  
* Location : Proton city

Then, malam makan-makan ramai-ramai dekat Dusun Bay, after that went back to hotel and prepare for the next day.
Wake up in the morning, dengan jubah tak bergosok lagi, berat and malas nak gosok sendiri so kitorang bersiap awal untuk hantar jubah tu gosok dulu. So, 3jam sebelom pukul2 kitorang dah siap dah! Gila lah! -.-


Then, waktu yang ditunggu-tunggu pun tiba. Kami DKA berbaris sebelah line DKE, berarak sama-sama masuk ke dewan, Pic takde time nih sebab kami tak dibenarkan membawa apa-apa melainkan diri sendiri je. Huu. So, tak dapat nak describe lah. Tapi memang bangga lah. Berjalan tengah-tengah dewan yang dihampar red carpet, hadapan ibu-ibu and ayah-ayah, sambil kiri kanan penuh orang mengucapkan tahniah. Wah! 
Sebaik je nama diumumkan 'Nazira Shafinaz Bt Mat Nazari', huisy, nervous nih! rasa macam tak bernafas masa jalan naik pentas tuu! Haha. Senyum-senyum sikit, then jalan dengan teratur, pakai high heels pulak memang kalau jatuh sumpah malu lah weh! But luckily semua berjalan lancar lah. Tu yang penting.

So, diakui lah sangat-sangat kesuntukan masa and tak dapat nak jumpa and sembang lebih-lebih dengan classmates. But, apa-apa pun seronok dapat tengok korang semua sihat, yang dah kerja tuu nampak dah senang, makin berseri-seri, yang masih belajar nampak laa otak dah tak berapa nak betol sebab study hard sangat. Haha. Joke je eh! Semua pon cantik-cantik, smart-smart, tapi perangai masih macam dulu. Takpe, tu lah yang jadi penyeri nya kan. Hehe.

Kalau dulu, lepas habis je poli semua cakap 'Jumpa korang masa convo weh!' So sekarang dah pon convo, and nampaknya entah bila lah lagi kita semua dapat lagi kan. Insyaallah, ada masa lain mungkin. Panjang umur, murah rezeki, kita jumpa lagi kawan-kawan DKA 6B!

Assalamualaikum!

 
 
 
   

Happy Convocation Day, Friends!

*Tetiba teringat dekat one guy yang main gendang muzik asli, persembahan masa Convocation semalam. Semangat beliau! Dengan spek yang style, gaya kepala tak tahan tuu. Haha, Good job!
Cewah, padahal sebab nampak macam smart je. Huu. Nazira gedik! -.-