Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan di Toronto

Fuh fuhh! Uhuk uhuk! Hmph banyak sangat habuk nih~
Eh, assalamualaikum!

Alamak sorrylah tak perasan pulak, sebok bersihkan habuk nih. huu.
Okay yea sabar jangan marah-marah, memang dah LAMA GILA tak update.
Sebenarnya macam malas nak mengarang ayat. huu.
Tapi sempena Ramadhan nih, teringin pula rasanya nak menulis sesuatu.
Teringin pula nak mencoretkan sesuatu.
*Ahh lupakan, ayat nak ayat novel je, poyo sudah Nazira!

Kalau tengok tajuk, nampak macam ada dekat luar negara haaa. Toronto.
Dah macam dukomentari Ramadhan dekat tv pulak en. huhu
Saja bagi gempak sikit.

Belum terlambat kot rasanya untuk saya si penulis mengucapkan
Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak
buat semua kaum keluarga, sahabat handai, rakan taulan yang seagama sekalian.
Pejam celik pejam celik dah seminggu dah haaaa.
Bergembiralah kalian mengerjakannya.

Hmm. Entry nih bukan nak cerita pengalaman berpuasa laaa.
Come on laaa, cliche laa asyik-asyik time puasa je nak cerita pengalaman puasa masa kecik.
Tak best. huhu.
Cuma yang best time-time puasa nih, walaupun masih lama lah jugak lagi nak raya,
ada lebih kurang tiga minggu lagi tapi gua dah dengar bunyi mercun dentam-dentum bro!
Pergh, menguji kesabaran gua je laaa.
Tu yang buat gua tak sabar nak balik Kampung Semerah, Johor nih!
Terbayang dah betapa meriahnya sepanjang kampung tuu dengan pelita-pelita raya tepi-tepi parit, dengan bunyi mercun seolah-olah berbalas-balas menyahut satu sama lain.
*Pergh ayat aku tak belahh~ -.-
Ishhh, memang tak sabar lah!
Wait for us aaaaa atok n nenek, dua hari before raya kitorang sampai! 
Pasang pelita sama-sama!
heeee, best! best! seronok! huhu

So, bersempena Aidilfitri yang bakal tiba nih, mesti ramai antara kalian yang dah siapkan baju raya, kuih raya, duit raya kan?
Tak sempurna lah duit raya anda kalau tanpa sampul duit raya!
Boleh ke gitu? huhu

Sampul duit raya Kelab Anak Jati Perak Darul Ridzuan

Sampul duit raya Angry Bird

So, here I attached few samples of sampul duit raya, fully design by my own mates. 
Pada sesiapa yang berminat boleh order yea!
Its nice and affordable!
Order pada saya pon buleh, just inform je kat sini then i'll reach you guys!
No harm! hehe

Okaylah nak sambung makan second round nih, hehe
Assalamualaikum!