Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 24, 2012

Sakit dada

Harini hanya duduk-duduk *sebenarnya lebih kepada online facebook dan mengedit blog* menghabiskan sisa-sisa terakhir bekerja di Eng Han Bina Sdn Bhd. heheh. Esok masih lagi bekerja, walaupun jumaat dah raya tapi nasib baik lah esok last. Kalau masih kerja dekat sini, hari sabtu dah kena kerja balik! Peh serious scary. Khamis sampai ahad dah la nak balik Johor, kalau sabtu kena kerja tak balik johor lah aq! Brrrr. Tapi takpe, esok last. heheh.

Semalam Cikzira suffer chest pain yang sangat terok dari pagi *start je duduk dekat kerusi office* sampailah balik kerja *duduk je dalam MAQ nak balik rumah terus hilang sakit* Pelik! Tak tau lah kenapa, tapi sakit dada bahagian kanan terus sampai ke belakang tekak buatkan rasa nak sendawa and nak termuntah. Macam dada kena tekan dengan kuat. Lemas. Tak tau laa exact word nak bagi tapi itulah yang Cikzira rasa. Nafas pendek, macam something burning dalam dada. Jenuh satu hari tahan sakit, cuba minum air masak yang bibik bawakkan dari rumah untuk legakan sakit tuu tapi still tak hilang. Sakitnya sampai menggigil jugaklaa *dah la aircond sejuk gila!* And dalam sakit-sakit tuu gagah jugak search kat internet nih pasal sakit dada bahagian kanan nih petanda apa. Mana lah tau sakit jantung ke, hish scary. Then dah search mostly kata kalau sakit jantung biasanya akan sakit dada bahagian kiri. So lega lah *sikit* tapi baca kalau belah kanan tanda tulang berlaga lah, ulser lah, etc. Then tengahari makan bekal yang bibik bawakkan, hilang sikit sakit tapi 15minit after terus sakit balik. Serious sakit! Mengadu kejap dekat Anip *ngada-ngada sikit :P* pastu kena paksa-rela pergi klinik untuk check la kenapa sakit camni. Jujur nak mengaku, Cikzira takut jumpa doktor. Hmph. Even cuma buat check up tapi nanti jantung berdegup kencang *serious tak tipu* sebab pernah jadi dulu doktor tuu ambek reading apa ntah pastu waktu tuu memang Cikzira nervous and maybe reading tuu naik tinggi sikit then doktor tuu kata 'jangan nervous, relax relax'. Cikzira pelik la camne die boleh tau aq nervous nih, masa tuu kecik lagi la. heheh. Haa sambung balik, tapi bila duduk je kat MAQ nak balik terus hilang sakit dada. Takpelah sampai Seksyen 7 pergi ambek boyfriend dulu kat rumah dia, then dia teman pergi klinik kesihatan nearest

Cikzira : Hi doctor, evening. *buat-ramah*
Doktor : Hi, you miss Nazira? Okay come sit here.
Cikzira : *Sitting*
Doktor : Sakit apa ye?
Cikzira : Okay harini satu hari dada I sakit, susah nak bernafas, rasa nak muntah, bla bla bla.....
Doktor : Pukul berapa it happens?
Cikzira : Dari awal pagi 8.30 once I duduk je dekat kerusi bila sampai office, sampai petang baru okay.
Doktor : You ada asma? Family you ada asma?
Cikzira : Dulu ada masa kecik, tapi dah takde bla bla bla.......
Doktor : Parents you ada yang sakit jantung?
Cikzira : Parents I takde sakit jantung.
Doktor : You ada dieting ke? Skip meals? Ada rasa burning ke kat dalam?
Cikzira : Diet takde, bila lapar I makan je. Dulu yes I makan tak teratur, petang baru makan tengahari bla bla bla..............Yes, macam burning, macam kena tekan bla bla bla...........
Doktor : Okay I check, you tarik nafas bila I suruh k.
Cikizra : .......................
Doktor : Bukan lung problem, everything is normal. I suspect you gastrik. Jangan skip meals bla bla bla....................Nevermind, I bagi you ubat bla bla bla............try dalam seminggu kalau still sakit dada, datang balik check, maybe bukan gastrik. maybe something else. Maybe ulser or anything else yang kena check balik.
Cikzira : Oh, okay doctor. Thanks ye!

So, harap-harap just gastrik je lah. Bukan berharap nak sakit gastrik, tapi yela daripada aq sakit lain-lain yang lagi teruk macam ulser ke kanser ke, sakit jantung ke, lagi parah ape. Hope takde dah sakit dada nih, serious tak suka. 

Ingat, jangan skip meals okay! Makan on-time!

Have a nice day! ^.^

Tuesday, October 23, 2012

Can't decide

#Taknak buat intro sebab dah tak pandai nak susun ayat.

Kalau boleh macam-macam nak cerita sebenarnya, tapi dah start menulis, tetibe rasa blank. Mungkin takde idea?

Last sunday spend whole day dengan encik boyfriend di Midvalley, almaklumlah dah berapa tahun tak jejak Midvalley. Nak menyemarakkan percintaan orang kata *sila muntah* yelaa sebab dulu (zaman dulu-dulu) kita selalu ke Midvalley. hihi. Then sempat tengok wayang Sinister dekat GSC Midvalley. Cikzira kalau tengok wayang memang suka tengok cerita-cerita macamni, kalau cerita melayu jarang tengok di cinema. Tapi bila tengok cerita seram, mata kecik-kecik je bukak tak pon tengok celah-celah jari je. Pastu tak tau cerita, pastu tanya kat encik boyfriend 'die buat ape tu?', 'hantu tu ade ke?'. heheh. Tapi Sinister okayla, teruja nak tengok sebab cerita nih dari pengarah *pengarah ke produser dah tak ingat* cerita paranormal so expectation mesti seram lah cerita nih kan. And, memang seram lah. Sound effect taknak kuat lagi pulak kan. Memang terkejut-terkejut jugak laa, terjerit itu tidak. Sebab dah tutup mata siap-siap. hehe.


Okay lepastu nak cerita yang Cikzira sekarang dah kerja, dekat Kelana Jaya. Dengan developer company as a project engineer. Alhamdulillah, rezeki bertambah-tambah *rezeki anak-anak* bila di-offer-kan contract bersama Petronas Carigali based at Carigali Head Office. Just jawatan admistrative clerk, and cuma contract. Tapi ini lah men-dilemma-kan, project engineer with Eng Han Bina or administrative clerk at Petronas? Both beneficial in short-term and long-term. Project engineer, salary quite memuaskan hati, cuma kerja maybe berat especially bila development project dah start dijalankan. Petronas, salary a bit lower than I got in Eng Han Bina, but in a long-term, if I manage to become their permanent staff, there'll be much benefit for me. Fosho. Ntahlaa, tapi to be a part of Petronas team nih memang salah satu ambition Cikzira. Tuu yang macam alamak macamana nih, mana nak pilih. Hmm. Perlu istikharah.

 Sekarang nih *bukan sekarang sangat la, dah lama la jugak* hobi baru suka shopping online, semua yang dekat online nih macam lagi cantik-cantik je *maybe sebab model cantik atau patung yang cutting badan memang cantik yang pakai kot?* So faktor-faktor tuu memainkan peranan penting yang buat orang rasa nak beli. Even tau die punya risk. Memang Cikzira aware, risiko barang rosak, risiko barang tak seperti dalam gambar, risiko barang tak sampai and kadang-kadang selalu jugak jadik camni :

Situasi di ruangan comment dalam facebook :

Cikzira : Available x dress yg nih?
ABC Collection : Yes, pm dear.
Ciksesapentahtakkenal : Jangan beli dekat die nih! Penipu! Barang saya lambat sampai bla bla bla.......................!!
Cikzira : ??

Benda macamtu seriously kadang-kadang buat Cikzira jadi terbantut terus rasa nak beli. Cikzira cuma biasa dengan sorang nih je, dari Langkawi. Sebab first time beli barang semua okay dan sampai tepat pada masa, so next time order lagi dah berani lah. Bila nak tukar beli dengan oranglain pulak jadi takut atas sebab dah jadi macam yang di atas tadi la. huhu. Biasanya kalau orang yang suka shopping online nih mesti orang selalu tanya 'dah tau risiko kenape still beli online?' Kalau macam Cikzira la kan, jawapannya takde masa nak jalan-jalan dekat shopping complex ke uptown ke pasar malam ke untuk beli baju. Memang kadang-kadang harga dia a bit mahal tapi tengokla, takkan semua benda pon nak beli online. Macam Cikzira, Cikzira usha benda yang jarang nak jumpa kat tempat atau area Cikzira duduk. Yang tuu boleh la beli. Kalau yang memang dah randomly ada dekat pasar malam ke, kedai sebelah rumah ke, tak payah la beli dah. Mostly Cikzira suka tengok baju la macam blouse ke, long dress ke, tapi kalau baju kurung macam sekarang kan banyak butik yang jual baju kurung *lagi-lagi time raya haritu*, ramai jugak yang order baju kurung dari online boutique tapi bagi Cikzira baju kurung selesa kalau kita hantar jahit dengan ukur badan sendiri ataupun beli yang dah siap yang kita boleh cuba dulu. And one more thing Cikzira sangat malas nak keluar, melainkan keluar dating dengan encik boyfriend *yang tu rajin la :P*
Happy 1-year-and-10-month-sary love! <3

Okaylah, later kita cerita-cerita lagi. Have a good day! :)

Saturday, August 4, 2012

Title?

Hai you'alls! Wah berbulan-bulan jugak tak menaip nih. Janggal rasanya nak mengarang ayat. Hihi, over pulaks. By the way, sebelum terlambat tapi rasanya memang dah terlambat pun CikZira nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan! Selamat Berpuasa ya kawan-kawan! Berpuasa dari segala segi, but yes I'm not that perfect person, tapi sukalah kiranya andai dapat mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain. Kawan ke? Taknak kawan sudeyh! Bluekk!


Entry CikZira kalau tak cerita pasal holiday memang tak sah, almaklumlah saya nih suka berjalan. Hihi. Baru-baru nih saya berjalan di Genting Highlands Theme Park, dengan Kesayangan of course. Kitorang pergi jelajah outdoor indoor, masuk tempat Ripleys, lagi kitorang tengok 4D The Haunted Mine yang ohsem gilaa pergh macam real naik roller coaster terbang-terbang!, masuk tempat dinasour, and macam-macam lagi lah! So, here's some pictures! Check it out!





Rumah senget, si muncet nih pon dah senget sekali.











 



 Btw, Genting sangat sejuk dan best! New experience bagi saya sebab for the first time saya naik puncak by not using the cable car. Kitorang naik cab untuk naik ke atas, jalan dia memang mencabar minda, but the view  adalah sangat ohsem and the kabus are everywhere! Best! And I'm pretty sure I'll never forget this vacation ;)


Okay, abaikan pasal Genting, cerita lama actually, tapi still segar dalam ingatan. Sobs. 


All right, sempena bulan puasa nih kan, mesti ramai yang ambil kesempatan untuk ber'ketuk-ketuk ramadhan' dekat dapur kan. Tak ketinggalan, saya pun turut mengambil peluang yang ada nih ber'ketuk-ketuk' jugak kat dapur. Sambil kita dapat makan untuk berbuka, sambil kita tingkatkan pengetahuan kita dalam masakan. Wah ayat kau taknak kalah pulak kan. Biasalah tuu, dah nama perempuan. Kang tak pandai masak kang orang kata apa pulak. Ber'sayang-sayang' bukan main pandai lagi. Ha'ah kann. Tapi bukan nak show off la kan tapi dah macam show off je, actually pandai jugak saya memasak. Kira bolehla dimakan, takdelah sampai cirit-birit ke apa kan. Respon memberansangkan so kira steadylah CikZira! Tapi rasa masakan mak tuu tak boleh lawanlaa. Pernah terfikir jugak nak snap-snap pictures masa tengah memasak, tapi almaklumla kan, untuk amateur macam saya nih, memasak dalam keadaan yang tenang adalah sangat diperlukan. So, malas nak ambek-ambek gambar.


Lately nih kesihatan perut agak tidak memberansangkan. Mungkin disebabkan angin jadi cirit-birit dan muntah-muntah telah melanda pada hari ke-sepuluh berpuasa. Secara tak langsung buat perut nih tak boleh terima makanan, and bila makan je rasa nak muntah. Arghh mengapakah! DOKTOR is person I'm most afraid of, so memang tak lah untuk jumpa doktor. Let it be, at least susut sikit berat badan few days sakit perut nih. Hihi. 


#Pelik dengan certain people yang masa first terawikh tuu semuaa upload pic pakai telekung, yes untuk tunjukkan diorang pergi terawikh. But kenapa tak upload di setiap waktu solat lima waktu kita? Hmm. 'I'm not good though, but I'm learning to be good'.

Monday, April 30, 2012

Kembali!

Assalamualaikum semua! Hamboooooii lama no tak menulis nih, harini tetiba rasa nak menulis. heeee. Maybe bosan cuti, tapi baguslah bukan selalu dapat cuti camni. Boleh relax-relax sehari dua nih. Hmm.


Kalau nak cerita pasal diri sendiri, macam biasa takde pape yang menarik. Cuma last week baru habis event dekat Marina Island. Pengalaman baru ikut karnival. Exhausted, but we really had lots of fun there. Sorry, tiada gambar untuk ditatap kerana saya tak bawak camera on that day, semua pon camera member je. Tq. huuuu


Ahaaaa lupa nak update masa pergi Cameron Highland dengan dua kesayangan, last month rasanya, ya on March. Lama dah tapi tak berkesempatan nak update cerita. Busy. huuu. Jom tengok pictures!





Strawberries!


















Yes, pictures speaks thousand words. Kalau nak cerita pon memang banyak dan takkan habis. Person like me yang susah nak rapat dengan orang, memang tak ramai teman rapat, atas sebab saya susah nak mempercayai orang lain melainkan diri saya sendiri. That's why saya jarang sekali untuk bercerita mengenai peribadi dengan sebarangan orang.
Dan saya cuma ada mereka, dua kesayangan saya yang paling kenal diri saya.
Dan mereka tidak terganti! 


Applying for Instep PETRONAS for this July Intake. Tak larat nak belajar lama-lama. Pressure. Yes, semua orang pon pressure masa study. Normal. Tapi my family lain. Ada pressure lain yang hadir dalam diri. Di bahu nih tergalas something huge. Impian parents untuk si anak sulung nih diserapkan ke PETRONAS adalah sangat tinggi. Dengan harapan moga kita semua ada masa depan yang cerah dan terjamin. Jadi sebagai anak, I've to obey.  Dari sekolah aliran kejuruteraan nih dah ditetapkan, bukan atas kerelaan diri sendiri, tapi atas pilihan keluarga. Tak menjadi masalah, sebab di awal permulaan minat itu ada. Cuma siapa sangka hala tuju untuk kerjaya juga turut sama ditetapkan. Siapa peduli kita mampu atau tidak, yang penting mereka puas. Macam saya cakap tadi, sebagai anak kita ikut. Bukan niat di sini memberontak atau mempertikaikan apa yang parents dah tetapkan, tapi untuk meluahkan apa yang terpendam. Siapa saya sebagai anak untuk bantah kata-kata mereka, parents saya sendiri. Takpelah, mungkin itu yang terbaik. Saya faham mereka nak kami semua ada masa depan yang cerah, nak anak-anak hidup senang (senang dan selesa cukup memadai walau tak mewah). Takpelah, mana tahu dapat buat PTP one year then keluar terus berkhidmat dengan PETRONAS nanti, who knows? Wish me luck guys. Harap-harap ada rezeki di sana. Ameeennn. Kalau orang lain boleh buat, Cikzira boleh jugak! Yakin! 


Seminggu Kesayangan ada di sisi, serious berat hati bila dia nak balik ke destinasi pembelajarannya. Tapi puas, semua dapat dilakukan bersama. Ke Pameran Pengantin Perak bersama-sama, menyumbangkan lagu sama-sama (tapi suara dia dah sedap dah sekarang, bagus ada improvement. heee), watching movie together (Battleship yang awesomee!), going to Pesta Pangkor & Lumut bersama, lunch bersama, makan chicken chop bersama, ishh semua sama-sama lah senang cerita. huuu. Cuma tak dapat nak tengok The Avengers sama-sama. Sobs. Tiga minggu lagi baru dapat meet up lagi, nevermind. I'll wait for you, like always.



#Tak sabar nak timang rabbit, July please come faster! ;B

Sunday, February 19, 2012

Missing you baby.

Aucakk!
Haaa mesti rindu nak baca tulisan CikZira kan?
Oh please be honest with me okay baby? I knew it already. Hmm.

Lemme see, quite a long time I didn't write. Miss it sometimes, but lots of works has made me like a 'busiest-girl-in-the-world' in whole day, whole week, whole month until now. Never mind, they wouldn't realize actually. Am not a famous blogger or what, I write for fun. I wrote and only me read them. I guess so. Laughing.

I just went through some blogs, seeing they keep telling world 'simple is nice', 'why must makeup?', 'no need to try so hard to be pretty', and bla bla bla. Okay am not complaining, even I agreed that. But me myself did use makeup when it is necessary. When going to any function for example, I think it's necessary to look more beautiful. To appear prettier. As for me, feels beautiful can makes my confident level become higher. Let's imagine if we go somewhere with the dull face, shabby clothes, how can we face people?
For me, it is not about trying so hard to be beautiful. All of you are already pretty, it is just because of fashion, trends, that makes other people seeing you're like trying so hard to be pretty. But I know it is not.



Even me, when I'm wearing shawl for example, they keep telling
'alaa susah-susah je pakai shawl belit sana belit sini, pakai je tudung awning senang, simple cantik jugak!' Yes I know it is simple, but I'm more comfortable with shawl! Let say if I wearing that 'tudung awning' then how can I go out walking for hours with something on my head that I didn't comfortable with? See! Did you see now? Kinda overacting huh? No I didn't, I just don't like they keep talking like we are obsessed by fashion or else to be pretty while actually we are not. Everything is about comfort. If we feels it comfort us, then we go for it. Different people, different taste am I right? So just go for who you are and what you're comfortable with.
Kalau ada orang sound-sound lagi cakap je lantak aq lah. Simple. huu. 

I'm kind of person who loves romance song, hehe. Jiwang? Nope, even I don't know how to jiwang-jiwang. Tapi I loves to listen to love song. Macam A thousand years by Christina Perri nih, syahdunya! And I keep listening it all over again. huu. Then I pause for a while, and I think I want to pt this song as my blog's playlist. No need lah playlist, just one song only. ngehh.

And and, you know what? Ghost Rider is awesome! Feel it yourself man! Go go! 
Azura, didn't work for me. Sorry to say. But Shahz Jazle, still in my heart. Erk.

Can't wait for Titanic in 3D this April! Awhh Jack. 

Have a good day dear! ^^,