Daisypath Anniversary tickers

Monday, April 30, 2012

Kembali!

Assalamualaikum semua! Hamboooooii lama no tak menulis nih, harini tetiba rasa nak menulis. heeee. Maybe bosan cuti, tapi baguslah bukan selalu dapat cuti camni. Boleh relax-relax sehari dua nih. Hmm.


Kalau nak cerita pasal diri sendiri, macam biasa takde pape yang menarik. Cuma last week baru habis event dekat Marina Island. Pengalaman baru ikut karnival. Exhausted, but we really had lots of fun there. Sorry, tiada gambar untuk ditatap kerana saya tak bawak camera on that day, semua pon camera member je. Tq. huuuu


Ahaaaa lupa nak update masa pergi Cameron Highland dengan dua kesayangan, last month rasanya, ya on March. Lama dah tapi tak berkesempatan nak update cerita. Busy. huuu. Jom tengok pictures!





Strawberries!


















Yes, pictures speaks thousand words. Kalau nak cerita pon memang banyak dan takkan habis. Person like me yang susah nak rapat dengan orang, memang tak ramai teman rapat, atas sebab saya susah nak mempercayai orang lain melainkan diri saya sendiri. That's why saya jarang sekali untuk bercerita mengenai peribadi dengan sebarangan orang.
Dan saya cuma ada mereka, dua kesayangan saya yang paling kenal diri saya.
Dan mereka tidak terganti! 


Applying for Instep PETRONAS for this July Intake. Tak larat nak belajar lama-lama. Pressure. Yes, semua orang pon pressure masa study. Normal. Tapi my family lain. Ada pressure lain yang hadir dalam diri. Di bahu nih tergalas something huge. Impian parents untuk si anak sulung nih diserapkan ke PETRONAS adalah sangat tinggi. Dengan harapan moga kita semua ada masa depan yang cerah dan terjamin. Jadi sebagai anak, I've to obey.  Dari sekolah aliran kejuruteraan nih dah ditetapkan, bukan atas kerelaan diri sendiri, tapi atas pilihan keluarga. Tak menjadi masalah, sebab di awal permulaan minat itu ada. Cuma siapa sangka hala tuju untuk kerjaya juga turut sama ditetapkan. Siapa peduli kita mampu atau tidak, yang penting mereka puas. Macam saya cakap tadi, sebagai anak kita ikut. Bukan niat di sini memberontak atau mempertikaikan apa yang parents dah tetapkan, tapi untuk meluahkan apa yang terpendam. Siapa saya sebagai anak untuk bantah kata-kata mereka, parents saya sendiri. Takpelah, mungkin itu yang terbaik. Saya faham mereka nak kami semua ada masa depan yang cerah, nak anak-anak hidup senang (senang dan selesa cukup memadai walau tak mewah). Takpelah, mana tahu dapat buat PTP one year then keluar terus berkhidmat dengan PETRONAS nanti, who knows? Wish me luck guys. Harap-harap ada rezeki di sana. Ameeennn. Kalau orang lain boleh buat, Cikzira boleh jugak! Yakin! 


Seminggu Kesayangan ada di sisi, serious berat hati bila dia nak balik ke destinasi pembelajarannya. Tapi puas, semua dapat dilakukan bersama. Ke Pameran Pengantin Perak bersama-sama, menyumbangkan lagu sama-sama (tapi suara dia dah sedap dah sekarang, bagus ada improvement. heee), watching movie together (Battleship yang awesomee!), going to Pesta Pangkor & Lumut bersama, lunch bersama, makan chicken chop bersama, ishh semua sama-sama lah senang cerita. huuu. Cuma tak dapat nak tengok The Avengers sama-sama. Sobs. Tiga minggu lagi baru dapat meet up lagi, nevermind. I'll wait for you, like always.



#Tak sabar nak timang rabbit, July please come faster! ;B