Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 16, 2013

Le Nazari's

You know what, you'll always appreciate being with families once you turn older.

Bila dah kerja, dah tak boleh cuti lama-lama macam cuti sekolah or cuti mid sem or cuti semester baru kau akan sedar bahawasanya you desperately need more time at your own home, surrounds with your mom and dad and the siblings.
Lagi pulak bila siblings semua dah belajar jauh-jauh, dah jarang nak dapat kumpul sekali.
Tau-tau dah besar.
"Dah tinggi ko sekarang kan!"
"Eee suare dah la garau sekarang, tah pape duh"
"Eee dah ade misai!"
"Haha ko dah gemok"
"Eee kintang kintung dah besar!" Kucing pun tetibe dah besar, tak sedar.
Sedih. Haha. Emosi aq bab-bab nih.

Yela, nak balik kampung (rumah mak ayah) pun tak puas weekend je. Tak sempat habis penat dah kena balik KL balik. Sabar jelah.
Tapi--
Sedar tak bahawa bukan kita je yang rasa macamtu. Sebenarnya mak-mak ayah kita pun rasakan benda yang sama.
Baru-baru nih aq balik rumah, mama seronok je. Pagi-pagi dah terjerit-jerit dalam bilik aq,
"Dikkk! Dikkkk!"
Pastu melepap terbaring sekali sebelah aq, kacau aq tidur.
Aq pahamla tu, biasa dia pagi-pagi takde sape dia nak kacau. 
Yang ayah pulak habis semua buah dia kopekkan, mangga la, durian, cempedak, etc. siap kupas, potong, bagi anak-anak dia yang superduper pemalas nih senang tinggal ngap je. Haha.
Orang tua, biasalah bukan pandai nak tunjuk cara dia sayang, suka, tapi aq tau macamtula antara cara dia tunjukkan dia seronok anak-anak dia ada kat rumah.
Aq pun dah lama tak jumpa adik-adik aq. Yang kat jengka, sg petani. Bersepah-sepah. Asal aq balik rumah, diorang tak balik sbb tak cuti. Tapi next 2 weeks New Year aq nak ambik annual leave lah. Duduk lepak kat rumah dgn bebudak nih, jenjalan ke. Diorang midsem time tu.
Heheh.