Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 12, 2011

This is weird! Tooooootally weird!


Well, here we meet again guys! Assalamualaikum and hai! Hoping uols having a great life ya. ^^,

First of all, tajuk entry yang agak ataupun rasanya memang takde kena mengena lah, so anda boleh abaikan. Peace!  

Seriously, bila tengok last entry membebel pasal mata,
CikZira sendiri rasa like OMG, am I the one who wrote this?
Sangat over meng-educate-kan orang pasal mata. Actually time tuu tengah part-time at one of optometrist centre. Tu yang over tuu, tapi doesn't matter lah, at least ada something ilmu yang CikZira boleh sharekan.
Untuk mata korang jugak.
Tapi takdehal pon kalau rabun, contact lens berlambak cantik-cantik macam-macam design even tak rabun pon pakai so nampaklah mata palsu tak ori uols yang macam mata anak patung padahal sebenarnya tak tuu.
Ops teeeetttttt.
CikZira tak reti pakai contact lens, seriously.
Kasihan kan. 

So, taknak cerita pasal mata palsu nih, tak best sebab I didn't use 'em.
Cewah ayat.

Wanna tell ya guys, Breaking Dawn was awesomeeee!
*Eh over macam kau je sorang yang tengok*
Tapi betol tak awesome? Ke CikZira je yang over? hihi.
Kesah pulak, lantak I laa nak over. Lalala.
So nah buah kaki dari CikZira yang comey lotey sokmo,
dari Bruno Mah kelate sokmo dehh.
Dah la time tengok Breaking Dawn tiket hilang, padahal time lepak kat kereta ada check and time tuu memang tiket ada lagi!
Dah depan-depan brader tuu boleh pulak Kesayangan gelabah cari tiket tak jumpa tapi sebab kenal brader tuu so dia pon bagi laa masuk.
Masuk-masuk tengok seat yang sepatutnya kitorang-yang-sweet nih duduk rupanya ada si couple Cina bukit dah duduk!
Oh dengan muka tak bersalahnya anda!
Tapi takpe, kita chill duduk seat tiga baris dari depan relax je. 
Adoii, takpelah asalkan dapat tengok.
Poyo je cerita kan padahal breaking Dawn berabad dah lepas.
Nih nak tengok Ombak Rindu pulak 
*Okay tau saya lambat*
tapi Kesayangan tak balik-balik nih, haihh. Bersabar.

Lagi nak cerita bahawasanya CikZira has loss weight!
OMG! Pergi timbang dekat Giant yang digital punya tuu then tulis situ 45.7. Memang sangat pelik sebab lately nih selera makan sangatlah tinggi and belom lama dulu rasanya around 47 and 48 I think. 
Tapi serious CikZira rasa badan mula berisi sebab makan banyak tapi still berat tak naik. Oh my, ada bela saka ke aku nih? Tapi takpelah harus control jugak sebab CikZira adalah seorang yang 'tinggi' lalu 
okaylah macam nih tak perlu lah terlalu kurus or terlalu berisi. 

Tinggalkan pasal berat badan.

Sedar tak sedar our first anniversary dengan Kesayangan,
Is just around the corner!
Walaupun maybe tidak seperti yang dirancang,
 but I'll make sure that day will be a memorable day for both of us.
Almost prepared everything, jika diizinkanNya. 



Thank you for everything, Mohd Hanif Mohd Adnan. Hoping we'll have this celebration more in future and forever. It's happy to see you still standing right here with me until now, and please know that my feelings towards you grows fonder each day! <3

Have a good day loves! Assalamualaikum~

*Takde motif, saje sebab gambar nih cecomel.
Comel ke? Jangan muntah sudeyh uols. Ngahaha*

Saturday, November 5, 2011

Dari kerana mata!

Hi u'olsss! Lama tak nampak u'olsss kannnn. U'olss u'olss semua pergi mana nih?
Okay saje poyo jap dah lama tak berpoyo-poyo dalam belog sendiri.
Eh lantaklaa nak poyo my own blog okay! Who cares! Ngehh


Okaylaa assalamualaikum semua, selamat malam! Malam laaa sebab time aq menulis nih tengah malam, ishhh. Hoping you guys a blissful life with your loves one! 


Tahukah anda? 

Mata adalah salah satu anggota badan kita yang paling berharga. Cuba bayangkan kita tak dapat melihat, okay serious I tak boleh bayangkan. Sobs. Entry kali nih I nak educate sikit dekat you guys luar sana tentang mata kita nih, kecacatan-kecacatan pada mata, cara mencegah atau tips-tips yang mungkin berguna untuk kita semua.
So lets take a look! 


Mata mempunyai struktur yang berikut :


  • Sklera (bahagian putih mata) : merupakan lapisan luar mata yang berwarna putih.
  • Konjunctiva : selaput nipis yang melapisi bahagian dalam kelopak mata dan bahagian luar sklera.
  • Kornea : struktur transparent yang berbentuk kubah serta membantu memfokuskan cahaya.
  • Pupil : daerah hitam di tengah-tengah iris.
  • Iris : merupakan lagu daripada Awie. Eh bukan, jaringan berwarna yang berbentuk cincin berfungsi mengatur jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata dengan cara mengubah saiz pupil.
  • Lensa : struktur cembung yang tergantung di antara humor aqueus dan vitreus berfungsi memfokuskan cahaya ke retina.
  • Retina : lapisan jaringan peka cahaya yang terletak di bahagian belakang bola mata berfungsi menghantar mesej visual melalui saraf optik ke otak.
  • Saraf optik : kumpulan jutaan saraf yang membawa mesej visual dari retina ke otak.
  • Humor aqueus : cairan jernih yang mengalir di antara lensa dan kornea serta merupakan sumber makanan bagi lensa dan kornea.
  • Humor vitreus : gel transparen yang terdapat di belakang lensa dan di depan retina.

Okay jangan nak ngada-ngada tanya I apa benda semua tuu yea.
I bukan doctor mata u'olss, engineer InsyaAllah. Over.
So, pada mata nih kebiasaannya pada satu peringkat umur akan mula datangnya simptom-simptom macam contoh kabur pandangan jauh, tidak boleh membaca pada jarak dekat, mata kerap berair ketika panas, tidak dapat memandu dengan baik pada waktu malam, sakit kepala ketika berada di terik matahari, penat pada mata ketika mengadap laptop atau tulisan-tulisan yang kecil etc etc laa. Itu semua adalah antara kecacatan-kecacatan yang wujud pada mata atau kita boleh kata RABUN. Cuma jenis rabun itu berbeza.
Here we go again!


Apakah maksud rabun mata?

Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Jenis­-jenis rabun mata :
1. Rabun dekat (myopia)
Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja srta orang dewasa dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

2. Rabun jauh (hyperopia)

Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanakkanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

3. Astigmatism

Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama penyakit rabun mata yang lain.



Tanda­-tanda rabun mata :

1. Rabun dekat (myopia) 
  • Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur 
  • Kanak-kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek yang jauh 
  • Kanak-kanak sekolah tidak dapat melihat papan hitam dengan jelas 
  • Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat ke muka ketika membaca
2. Rabun jauh (hyperopia)
  • Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas 
  • Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca atau menulis 
  • Kanak-kanak mungkin akan mengadu mata menjadi penat setelah membaca selama beberapa jam 
  • Kanak-kanak dengan rabun jauh juga boleh juling
3. Astigmatism

  • Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.
  • Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala
  • Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih cenderung dalam arah yang tertentu sahaja
  • Kanak-kanak biasanya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan melintang, atau kadangkala sebaliknya


Selain kabur penglihatan, apakah masalah lain yang mungkin timbul?
  • Mata merasa penat dan sakit kepala
  • Isu keselamatan : contohnya, apabila menunggang basikal, kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun mata yang serius boleh membahayakan dirinya dan orang lain
  • Tidak dapat hidup seperti individu normal dan mungkin menjejaskan kualiti hidup
  • Rabun dekat yang terlalu serius akan meningkatkan risiko retina tercerai dari bahagian mata (retinal detachment) dan ini boleh menyebabkan buta.

Apakah rawatan yang ada?
  • Cermin mata atau kanta lekap adalah rawatan biasa untuk masalah ini
  • Kanak-kanak lebih sesuai menggunakan cermin mata
  • Individu yang lebih dewasa mungkin boleh menggunakan kanta lekap jika mereka boleh memakai dan menanggalkannya dengan baik. Mereka juga harus menanggalkan dan mencuci kanta lekap mengikut saranan doktor.
  • Pembedahan untuk membetulkan rabun mata tidak digalakkan untuk kanak-kanak kerana mereka masih membesar.


Kenapa entry CikZira kali nih beria-ia nak cerita pasal mata yea?
Mungkin CikZira sudah mula rabun? Adakah I bakal memakai spek?
Oh noooooo!
Takpe, later I story lagi ke u'olsss ya! 


Have a relaxing weekend people!
&
Selamat Hari Raya AidilAdha!
With loves!

#Tomok & Liyana Jasmay sangat sweet di ASK! *Jealous*