Daisypath Anniversary tickers

Friday, February 25, 2011

Menjelang Convocation Day!

Fuh fuh fuhh!
Ya Allah, banyaknya habuk! Lap-lap sikit~
Eh, lamanya tak update kan sampai dah berhabuk nih haa.
Bersawang-sawang dah kot.
Sorrylah, takde masa satu hal. Plus internet UTP nih yang macam bengong lembap ya amat.
Harapan laa nak bukak blogger.com nih. huuu.

First of all, Assalamualaikum! hehe.
Dekat rumah jugak baru dapat online dengan lajuuuuuuuuuu~ best!


Hey korang! esok saya akan bergraduasi!
Okay silap, bukan esoklah. Hari Isnin actually tapi rasa sangat excited untk berconvo!



Malam nih nak try-try baju yang dah beli special untuk convocation day. Then, esok petang akan berangkat ke Behrang. Hari Ahad will be the rehearsal for Convocation Day, and finally Monday will be the most memorable day!

Yes, biasalah. Siapa tak excited nak Convo.
After three years berhempas pulas dengan macam-macam subjects, assignments, quizzes, tests, final exams, so this is the day that I am very sure most of us waiting for.
Lepas penat lelah kita semua belajar bersungguh-sungguh *sungguh ke?* so, ini boleh dikira rewards lah untuk diri sendiri. Bukan selalu, right?
Lepas nih kalau convo untuk degree pulak. huhu.

Just a simple entry untuk share my feelings yang sangat amat tak sabar untuk convo! 




Tak sabar nak jumpa ex-housemates saya yang happening!



Tak sabar nak tau perkembangan ex-classmates sekarang. 
Sangat tak sabar!

Even I know lah actually bukan ada yang nak jumpa saya pon sebenarnya.
I just wanna know how they are doing now.
How successful they are.
No matter in their working life, studying life or anything else.
I'll always hoping the best for them.
Yes, I'm not being a good friend untuk semua orang, I admit that. I've done lots of mistakes.
Lots of wrongdoings.
But trust me, my love feelings towards all my friends is not a lie.
It is real.
Saya seronok menghabiskan tiga tahun dengan kalian.
Yes, korang memang terbaik!
And I'll never forget that.
Yes I won't. 


So, bersempena Convocation Day yang bakal tiba nih, I want to wish Congratulations untuk my own self terutamanya. Untuk kawan-kawan diploma seperjuangan.
Mona, Ekin, Ecah, Manja, Yan, Ida, Atie, Tiqah, Fizah, Ain, Zue, Pija, Illa, Laila, Hib, Fadzilah.
Daus, Amier, Fahmi, Isa, Am, Ifan, Fydo, Din, Syafiq, Anip, Kimie, Izzul, Paan, Aidil, Anas, Naim, Lum, Han, Sam. 
Tak lupa jugak kawan-kawan se-DKA. DKA 6A laa I mean. Congratulations!
and pada ex-classmates yang pindah awal macam Sue, Kimah and tak lupa juga Syawal,
it will be great if you guys are here also.


May all of us enjoy the day, dan mudah-mudahan semuanya dipermudahkan.


Until then, enjoy your single day in your life as much as you can!
Move forward and never look back!


Assalamualaikum!




* nanti nak snap picture banyak-banyak! haha. tungguuuuuuuu~







Friday, February 4, 2011

Nostalgia.

Hai, Assalamualaikum!
Good day friends!

Dear diary,

Tengah sebok-sebok buat lab report nih. Takdelah sebok sangat, cuma saya yang lengah-lengah.
Duduk depan meja study, laptop sebelah, buku depan mata.
Dari siang tadi hadap buku nih. Naik pening rasanya otak nih. Hmm.
Usha laptop, bukak blogger.com and I feel like writing something.

Things about what I feel right now.
About what I think right now.
About what I do miss in my past.
About my childhood.
Yes, I do miss my childhood memories.
All of you have no idea how I am really want to went back to my past-sweet-innocent kids time.

* so comel, isn't it? Hehe.


* bring me there. I want to go there.

* depan kedai atok. 

* kasut Polka Dot tuu mahal Okay! -.-

* dengan my mama laa sape lagi. 


Zaman yang bila kita buat salah takde sape nak marah kita.
Zaman bila kita makan comot-comot takde orang yang nak kisah sebab kita budak-budak.
Zaman yang kita tak payah risau pasal nak cari duit, nak enjoy sakan.
Zaman masa kita tak payah sebok-sebok nak pikir pasal geology or solid mechanics yang sumpah susah nih! -.-


* Oh, sorry guys. tak clear. gambar lama kan.

Kan best kalau dapat jadik budak-budak je sampai bila-bila. 
*wake up, Nazira! Sure takkan boleh punya!*
Haih, berangan.

Sape suka berangan dekat sini, angkat tangan tinggi-tinggi! *saya angkat tinggi-tinggi!*

Memang. saya suka berangan. Tak tau lah kenapa tapi, dalam angan-angan tu lah kita rasa macam dunia nih kita yang punya. 
Kita director, kita lah heroin, kita lah yang paling perfect sekali. Huhu. 

Dulu, kecik-kecik suka berangan dah besar nak jadik penyanyi. Macam Siti Nurhaliza kononnya. Pegang botol air mineral, pastu berdiri atas katil, letak selimut dekat tengkuk, pasang kipas depan muka. Pastu nyanyi bajet-bajet macam Siti Nurhaliza tuu. Haha. Kelakar weh kalau ingat balik! Thank God laa suara ada macam Siti Nurhaliza kan. Ehem, ehem. Poyonya Nazira! Yucks!

Betol, tu laa impian dari kecik dulu. Siapa yang ajar dah besar nak jadik penyanyi nih entahlaa. Dulu masa mama pregnantkan I, dia suka menyanyi-menyanyi kot? Tu turun ke anak tuu. Agaknya laa? Hoho.

* Yes, that's hungry me. -.-

Tapi bila dah besar, takdelah rasa nak jadik penyanyi pon. Even suara saya memang sedap pon sebenarnya. Saja je malas nak pergi audition. Hek. -.-"

* haa, see. macam artis tak posing? 


*rewind*
Dulu, masa sekolah tadika dekat Batu Pahat, pagi-pagi sebelum pergi sekolah mesti minum susu botol dulu. Yela, mama tak bagi bawak botol susu pergi sekolah.
Finelah, mama. Takpe. Huuu.
Pagi-pagi atok hantar naik motor. Sejuk je kan.
*Inaz, kaki kangkang. Pelok atok yang kuat.*
Terserlah ke-Jawa-an atok. Huhu.
Rindu atok.

Dulu atok kuat, petang-petang bawak Inaz pergi Semerah. Paling-paling koman saya mintak mainan dekat atok. Anak patung lah, puzzle lah, mesti atok belikan. Tak pernah tak dapat.
Atok tak pernah marah saya.
Kalau kat sekolah, masa rehat pon atok selalu datang kat kantin.
Dah siap tunggu saya dekat kantin tuu. Bukan tunggu saja, siap dengan nasi lemak, ayam goreng, air, and jajan-jajan laa kata orang johor.
Tiap-tiap hari tu lah menu time rehat.
Darjah1 sampai darjah3.

Sumpah, Inaz rindu atok!

Zaman kanak-kanak saya banyak memori pasal atok.
Atok and nenek.
Sebab tu saya nak sangat balik ke masa kanak-kanak saya balik.
Duduk dekat dengan atok nenek.
Disayang, dimanja.

Sekarang dah duduk jauh, jarang balik Batu Pahat melainkan time raya or cuti sekolah panjang.
Makin lama tengok atok and nenek yang dah makin tua,
saya sedih.
Saya nak diorang tetap kuat macam dulu.
Saya nak diorang sehat selalu macam dulu.
Inaz nak atok bawak Inaz naik motor lagi.
Inaz nak ikot atok pergi Semerah lagi.

I don't know why.
But everytime I talk or think of both them, saya rasa sebak.
I do really hope umur diorang panjang, sehat sejahtera.

*end of rewinding*

Here is some of my old picture, jumpa pon dalam album lama-lama.
Dah banyak yang rosak.
Dimamah usia maybe.

* dekat rumah atok n nenek.

* wah, si debab. dekat Johor famous nih, apa dia? Yes, kuda kepang. 

* me and Ayis.

* Okay, pic nih tak boleh belah. tapi takpe, asyik tengok yang comel-comel je kan, naaaah. Heee

* Bila tengok gambar nih, ayah n mama pon nampak muda sangat daripada sekarang. Tengok rambut ayah, hitam lebat lagi. Sekarang? Banyak yang putih dari yang hitam. Hmm.

Kenapa manusia mesti tua?