Daisypath Anniversary tickers

Monday, December 12, 2011

This is weird! Tooooootally weird!


Well, here we meet again guys! Assalamualaikum and hai! Hoping uols having a great life ya. ^^,

First of all, tajuk entry yang agak ataupun rasanya memang takde kena mengena lah, so anda boleh abaikan. Peace!  

Seriously, bila tengok last entry membebel pasal mata,
CikZira sendiri rasa like OMG, am I the one who wrote this?
Sangat over meng-educate-kan orang pasal mata. Actually time tuu tengah part-time at one of optometrist centre. Tu yang over tuu, tapi doesn't matter lah, at least ada something ilmu yang CikZira boleh sharekan.
Untuk mata korang jugak.
Tapi takdehal pon kalau rabun, contact lens berlambak cantik-cantik macam-macam design even tak rabun pon pakai so nampaklah mata palsu tak ori uols yang macam mata anak patung padahal sebenarnya tak tuu.
Ops teeeetttttt.
CikZira tak reti pakai contact lens, seriously.
Kasihan kan. 

So, taknak cerita pasal mata palsu nih, tak best sebab I didn't use 'em.
Cewah ayat.

Wanna tell ya guys, Breaking Dawn was awesomeeee!
*Eh over macam kau je sorang yang tengok*
Tapi betol tak awesome? Ke CikZira je yang over? hihi.
Kesah pulak, lantak I laa nak over. Lalala.
So nah buah kaki dari CikZira yang comey lotey sokmo,
dari Bruno Mah kelate sokmo dehh.
Dah la time tengok Breaking Dawn tiket hilang, padahal time lepak kat kereta ada check and time tuu memang tiket ada lagi!
Dah depan-depan brader tuu boleh pulak Kesayangan gelabah cari tiket tak jumpa tapi sebab kenal brader tuu so dia pon bagi laa masuk.
Masuk-masuk tengok seat yang sepatutnya kitorang-yang-sweet nih duduk rupanya ada si couple Cina bukit dah duduk!
Oh dengan muka tak bersalahnya anda!
Tapi takpe, kita chill duduk seat tiga baris dari depan relax je. 
Adoii, takpelah asalkan dapat tengok.
Poyo je cerita kan padahal breaking Dawn berabad dah lepas.
Nih nak tengok Ombak Rindu pulak 
*Okay tau saya lambat*
tapi Kesayangan tak balik-balik nih, haihh. Bersabar.

Lagi nak cerita bahawasanya CikZira has loss weight!
OMG! Pergi timbang dekat Giant yang digital punya tuu then tulis situ 45.7. Memang sangat pelik sebab lately nih selera makan sangatlah tinggi and belom lama dulu rasanya around 47 and 48 I think. 
Tapi serious CikZira rasa badan mula berisi sebab makan banyak tapi still berat tak naik. Oh my, ada bela saka ke aku nih? Tapi takpelah harus control jugak sebab CikZira adalah seorang yang 'tinggi' lalu 
okaylah macam nih tak perlu lah terlalu kurus or terlalu berisi. 

Tinggalkan pasal berat badan.

Sedar tak sedar our first anniversary dengan Kesayangan,
Is just around the corner!
Walaupun maybe tidak seperti yang dirancang,
 but I'll make sure that day will be a memorable day for both of us.
Almost prepared everything, jika diizinkanNya. 



Thank you for everythingMohd Hanif Mohd Adnan. Hoping we'll have this celebration more in future and forever. It's happy to see you still standing right here with me until now, and please know that my feelings towards you grows fonder each day! <3

Have a good day loves! Assalamualaikum~

*Takde motif, saje sebab gambar nih cecomel.
Comel ke? Jangan muntah sudeyh uols. Ngahaha*

Saturday, November 5, 2011

Dari kerana mata!

Hi u'olsss! Lama tak nampak u'olsss kannnn. U'olss u'olss semua pergi mana nih?
Okay saje poyo jap dah lama tak berpoyo-poyo dalam belog sendiri.
Eh lantaklaa nak poyo my own blog okay! Who cares! Ngehh


Okaylaa assalamualaikum semua, selamat malam! Malam laaa sebab time aq menulis nih tengah malam, ishhh. Hoping you guys a blissful life with your loves one! 


Tahukah anda? 

Mata adalah salah satu anggota badan kita yang paling berharga. Cuba bayangkan kita tak dapat melihat, okay serious I tak boleh bayangkan. Sobs. Entry kali nih I nak educate sikit dekat you guys luar sana tentang mata kita nih, kecacatan-kecacatan pada mata, cara mencegah atau tips-tips yang mungkin berguna untuk kita semua.
So lets take a look! 


Mata mempunyai struktur yang berikut :


  • Sklera (bahagian putih mata) : merupakan lapisan luar mata yang berwarna putih.
  • Konjunctiva : selaput nipis yang melapisi bahagian dalam kelopak mata dan bahagian luar sklera.
  • Kornea : struktur transparent yang berbentuk kubah serta membantu memfokuskan cahaya.
  • Pupil : daerah hitam di tengah-tengah iris.
  • Iris : merupakan lagu daripada Awie. Eh bukan, jaringan berwarna yang berbentuk cincin berfungsi mengatur jumlah cahaya yang masuk ke dalam mata dengan cara mengubah saiz pupil.
  • Lensa : struktur cembung yang tergantung di antara humor aqueus dan vitreus berfungsi memfokuskan cahaya ke retina.
  • Retina : lapisan jaringan peka cahaya yang terletak di bahagian belakang bola mata berfungsi menghantar mesej visual melalui saraf optik ke otak.
  • Saraf optik : kumpulan jutaan saraf yang membawa mesej visual dari retina ke otak.
  • Humor aqueus : cairan jernih yang mengalir di antara lensa dan kornea serta merupakan sumber makanan bagi lensa dan kornea.
  • Humor vitreus : gel transparen yang terdapat di belakang lensa dan di depan retina.

Okay jangan nak ngada-ngada tanya I apa benda semua tuu yea.
I bukan doctor mata u'olss, engineer InsyaAllah. Over.
So, pada mata nih kebiasaannya pada satu peringkat umur akan mula datangnya simptom-simptom macam contoh kabur pandangan jauh, tidak boleh membaca pada jarak dekat, mata kerap berair ketika panas, tidak dapat memandu dengan baik pada waktu malam, sakit kepala ketika berada di terik matahari, penat pada mata ketika mengadap laptop atau tulisan-tulisan yang kecil etc etc laa. Itu semua adalah antara kecacatan-kecacatan yang wujud pada mata atau kita boleh kata RABUN. Cuma jenis rabun itu berbeza.
Here we go again!


Apakah maksud rabun mata?

Cahaya melalui kornea (bahagian lutsinar di mata) dan lensa sebelum jatuh ke atas retina (retina ialah lapisan yang melitupi bahagian belakang mata dan mengandungi urat saraf). Mata perlu membiaskan cahaya supaya imej yang jelas dapat difokuskan ke atas retina. Rabun mata bermaksud mata tidak dapat membiaskan cahaya dengan baik dan ini menyebabkan penglihatan menjadi kabur.

Jenis­-jenis rabun mata :
1. Rabun dekat (myopia)
Ini adalah penyakit rabun mata yang paling lazim di kalangan kanak-kanak dan remaja srta orang dewasa dan boleh disebabkan oleh keturunan. Kanak-kanak yang rabun dekat memiliki bentuk kornea yang terlalu melengkung atau bola mata yang terlalu panjang. Ini akan menyebabkan cahaya difokuskan ke bahagian hadapan retina dan bukannya ke atas retina seperti yang sepatutnya. Rabun dekat biasanya dapat dikesan ketika kanak-kanak memulakan alam persekolahan, seawal-awalnya ketika berumur 6 tahun. Pada umur remaja (ketika tubuh badan membesar dengan cepat), rabun dekat mungkin akan menjadi lebih serius. Bagaimanapun kadar kerabunan ini akan menjadi lebih stabil pada umur 20-40 tahun.

2. Rabun jauh (hyperopia)

Ini terjadi apabila bentuk kornea kurang melengkung atau bola mata terlalu pendek dan menyebabkan cahaya bertumpu ke bahagian belakang retina. Bayi dan kanakkanak kecil lebih cenderung untuk rabun jauh. Keadaan ini akan menjadi lebih baik apabila mata semakin membesar dan menjadi lebih panjang.

3. Astigmatism

Ini terjadi apabila bentuk kornea tidak sekata dan membiaskan cahaya ke arah yang berlainan. Ia boleh wujud bersama penyakit rabun mata yang lain.



Tanda­-tanda rabun mata :

1. Rabun dekat (myopia
  • Objek dekat boleh dilihat dengan jelas tetapi objek jauh menjadi kabur 
  • Kanak-kanak mungkin akan mengecilkan mata apabila cuba melihat objek yang jauh 
  • Kanak-kanak sekolah tidak dapat melihat papan hitam dengan jelas 
  • Kanak-kanak mungkin meletakkan buku dekat ke muka ketika membaca
2. Rabun jauh (hyperopia)
  • Objek dekat menjadi kabur tetapi objek jauh boleh dilihat dengan jelas 
  • Kanak-kanak mengalami masalah ketika membaca atau menulis 
  • Kanak-kanak mungkin akan mengadu mata menjadi penat setelah membaca selama beberapa jam 
  • Kanak-kanak dengan rabun jauh juga boleh juling
3. Astigmatism

  • Objek dekat dan jauh kelihatan tidak sempurna dan kabur.
  • Kanak-kanak akan mengadu mata menjadi penat dan sakit kepala
  • Penglihatan yang kabur ini mungkin lebih cenderung dalam arah yang tertentu sahaja
  • Kanak-kanak biasanya boleh melihat garisan menegak lebih jelas dari garisan melintang, atau kadangkala sebaliknya


Selain kabur penglihatan, apakah masalah lain yang mungkin timbul?
  • Mata merasa penat dan sakit kepala
  • Isu keselamatan : contohnya, apabila menunggang basikal, kanak-kanak yang mempunyai masalah rabun mata yang serius boleh membahayakan dirinya dan orang lain
  • Tidak dapat hidup seperti individu normal dan mungkin menjejaskan kualiti hidup
  • Rabun dekat yang terlalu serius akan meningkatkan risiko retina tercerai dari bahagian mata (retinal detachment) dan ini boleh menyebabkan buta.

Apakah rawatan yang ada?
  • Cermin mata atau kanta lekap adalah rawatan biasa untuk masalah ini
  • Kanak-kanak lebih sesuai menggunakan cermin mata
  • Individu yang lebih dewasa mungkin boleh menggunakan kanta lekap jika mereka boleh memakai dan menanggalkannya dengan baik. Mereka juga harus menanggalkan dan mencuci kanta lekap mengikut saranan doktor.
  • Pembedahan untuk membetulkan rabun mata tidak digalakkan untuk kanak-kanak kerana mereka masih membesar.


Kenapa entry CikZira kali nih beria-ia nak cerita pasal mata yea?
Mungkin CikZira sudah mula rabun? Adakah I bakal memakai spek?
Oh noooooo!
Takpe, later I story lagi ke u'olsss ya! 


Have a relaxing weekend people!
&
Selamat Hari Raya AidilAdha!
With loves!

#Tomok & Liyana Jasmay sangat sweet di ASK! *Jealous*

Sunday, September 25, 2011

Three in One



Hello, brotha' - Damon Salvatore


Hihi, hyeee people! Ahaa, actually CikZira tengah layan Vampire Diaries Season 2 nih. Almaklumlah, takde buatpe kat rumah. huu. Dah lama tak sambung men-download Vampire Diaries Series nih. Ntah dah season 3 rasanya sekarang kan. Takpe, kita sambung download! Chaiyok! hihi.


1. Damon oh Damon~

 # Okayla saje nak cerita, dari segi movie nih actually I prefer to watch english movies or series. Yelaa, kekadang macam certain people lebih suka tengok Hindustan or Korean drama or macam-macam lagi laa kan. Tapi, tak semua types of movies laa yang aku suka layan. Macam perang-perang, gaduh-gaduh, bukan kesukaan aku laa. Sebab I'm more to thriller, horror, romance, adventure, comedy haa tuu favorite! Macam Pirates of Caribbean, Final Destination, Twilight, Heroes, Vampires here and there, huu. Actually banyak lah kalau nak sebut kan, asalkan bukan cerita yang perang-perang or ganas-ganas or gaduh-gaduh,ha yang tuu memang tak berapa minat lah. 

# Siapa yang layan Vampire Diaries nih dari first season like me, must be really excited waiting for what will happened to our hot Damon Salvatore, the sexy Stefan Salvatore and the charming Elena Gilbert, and now, its already in Season 3 people! So, don't miss'em! Let me share to you guys few my favorite scene in The Vampire Diaries .


First time he appear in Vampire Diaries with his 'Hello, brother' dialogue, sangat membuatkan aku macam 'alamak siapa dia macho sangat nih!'

 
And satu scene where Stefan dancing with Elena, awwhh they are sweet together! Stefan sangat sexayyyyy okay. Not forgotten when Damon replaced Stefan in one dancing event, alolo sweetnyaaaa merekaa~ T.T Sedih pulak tetibe. She's dancing with my Damon! T.T

# Actually banyak, tapi aku tak rajin nak upload gambar harinih. huu. Layan okay cerita nih. Tapi kalau encik boyfie, dia tak layan vampire-vampire nih. Tengok Twilight pon tidur dalam cinema. Penyudahnya, aku tengok sorang. memang romantik~ huu. 



2. Hey, tadi CikZira jumpa gambar pelik. Meh nak share, hihi.




Haha, kalau you guys perasan their eyes are their lips! Ngeee scareyyyyyyhhh!

 3. Buat baby jom!


# Jom kita buat baby! Jangan kata sorang, ramai pon boleh. Tak tau nak buat dengan sape? Dengan sesape yang korang nak pon boleh, retisss pon boleh. Yela, kalau teringin nak dapat baby comel-comel la kan. haha. Ops, jangan terkejut. Cuma CikZira tadi try satu application MakeMeBabies nih. hihi. Saje bosan-bosan kan, google je laa application-application yang quite interesting nih. You guys boleh jugak try kalau nak, just ikot je instructions. hehe. Taknak pon takpeeee, CikZira nih memang tak suka paksa orang. Cuma share je ape yang I rasa menarik. hihi.


Ngahahaha macam matsaleh anak aku wehh! Agaknye nih laa rupenye kot kalau bapaknye Damon Salvatore. kekekeke.
HARAPAN!

Halamak, nih aku tak tau ikot muka sape nih. haha. Kelakar nih sumpah, tak boleh berhenti gelak nih, tolong tolong!

# Tapi dulu aku pernah try jugak ada application macam nih. Yang tuu macam lebih accurate tapi lebih leceh laa nak buat. huhu. 

Serious nak cakap muka 'bakal baby' nih iras dengan muka aku masa kecik.
hehe. Yang nih pon sama jugak konsepnya, gabungan pic kite and pic orang yang kite nak laa, then terhasil laa pic baby nih. Haaa dengan pic sapekah yang digabungkan hingga terhasilnya baby cute nih? Itu biarlah rahsia. Ngahahaha.

Have a good night people! ^^,

Wednesday, September 21, 2011

Harimau Malayaku Sayang

Okay, just a simple update. Sebab tadi tengok kelayakan Olimpik Malaysia vs Jepun, and I was hundred percently upset dengan gerak permainan skuad kebangsaan kita!


Okay, siapa yang tak upset tuu up to you guys la kan. Bukan nak mengutuk or mengecilkan usaha mereka yang berhempas pulas. But it's like they got no effort at all untuk defend pintu gol sendiri! Bila dapat bola, macam beragak-agak nak pass pada siapa.  Lepas tu kejap je dapat rasa bola dekat kaki dah dapat dirampas oleh pihak lawan. Compared to Japan eh, diorang macam lebih cekap, fast and tak teragak-agak. Plus mereka mengawal bola dengan sangat baik. Skuad kita kalau bola ada pada pihak lawan, macam nak taknak je pergi dapatkan balik bola tuu. Come on laa, nampak kan macamana diorang kawal kita kalau kita dapat bola? Bila diorang dapat bola, kenapa diam je? Balik-balik guna cara kekerasan jugak, sudahnya dapat yellow card jugak. Memang mendapat lah.


Ahhh geram aku. Kalau aku laa jadik Khairul Fahmi Che Mat tuu, aku dah tension dah. Semua nak harap keeper je jaga pintu goal, defend tak buat kerja men-defend macamana? Tapi tengok tadi dengan midfielder-midfielder dengan striker-striker semua sebok berkumpul kat depan pintu goal sampai takde orang kat atas. Tapi still bolos jugak. Ape cerita? Aku dah rasa macam Khairul Fahmi sorang je yang lawan dengan Jepun tuu. Pfft.


Okay, tu perasaan aku laa masa first half an. And I was hoping miracles to happen on the next half game. But, still~ Admit laa, ada perubahan sikit. Rajin sikit nak kejar bola, ade laa sorang dua striker jaga bahagian atas. Tapi tetap slow corak permainan skuad kebangsaan. 


CikZira bukan nak meng-condemn skuad negara sendiri. Nanti orang kata 
'Ah engkau, kalau menang puji melambung. Dah kalah, banyak cakap pulak, main lah sendiri!' 

Memang, kalau menang tentu-tentulah korang dah tunjukkan aksi-aksi menarik yang kitorang peminat bola Malaysia nih nanti-nantikan. Ada shots on goal, attack-attack yang cantik, the perfectly ball passing, keeper yang cekap, etc etc. Tapi kalau dah dari awal nampak permainan macam slow, teragak-agak, takde shot langsung ke arah goal, lari sikit jatuh, lari sikit jatuh, macamana? What do you guys expecting me to say? Sure-sure I upset. CikZira nih memang lah perempuan, maybe tak faham sangat bola-bola nih. Tapi CikZira suka tengok bola! And my fully support I give to our national football team! 


'Ek eleh, ko macam pernah main bola. Tu strategy laa weh! Kena defend!'


Okaylaa, maybelaa strategy coach tu kan untuk defend. Mana laa tau sebelum tu dia dah pesan 'you guys kena defend, tak payah attack sangat, yang penting defend! Biar satu team semua duduk dalam kotak penalti tuu sekali dengan Khairul Fahmi sekali takpe! Jangan bagi diorang goal!'
Tapi aku tengok, dah reramai jaga pintu goal pon tetap bolos jugak. Dua pulak tuu. Baik tak payah, kalau aku jadik Khairul Fahmi tuu aku jerit je kuat-kuat 'mu toksoh duk sini, jaga atah nuh! serabot perot!' 


So, keputusannya tadi Japan 2-0 Malaysia. Haih. Even geram tak habis lagi dengan cara permainan skuad kebangsaan tadi tapi takpelah. Mungkin boleh diperbaiki lagi. Diorang nih kekadang main bagus, kekadang ada time jadik camnilaa, gelabah je. Kenapa ntah laa. Cuma harap lepas nih tunjuklah sikit kesungguhan tuu. Serious aku tak nampak kesungguhan diorang mengejar bola tuu malam nih. Takde rasa nak buat shot on goal pon. Aku tak nampak. Sorry to say. Serious. Ape? Aku buta? Ah lantaklaa, mata aku. Tapi jangan risaulah, aku bukan tak support skuad kebangsaan kita, aku support wehh. Sokongan aku tak berbelah bahagi. Cewah ayat~ Sebab tu aku harapkan yang terbaik, walaupun tak dapat buat goal, at least main dengan baik. Ramai rakyat Malaysia nih yang menonton, yang sama macam aku nak tengok gaya permainan yang baik, yang boleh dibanggakan. Bukan kita nak sanjung semata-mata kalau dah menang, tak goal pon takpe asalkan main dengan baik. Haa berapa kali aku ulang dah ayat tuu. huu. Tapi tulaa, aku harap moga-moga skuad kebangsaan kita lebih cemerlang lagi lepas nih dan pada masa akan datang!


And I will always keep supporting Harimau Malaya! Aauummmmmm! ^^,



Tuesday, September 20, 2011

Untitled



Hmm..entahla kenapa semenjak dua menjak nih fikiran tak tenang sungguh. Banyak fikir benda mengarut laa agaknya. Ntahlaa, kalau boleh memang taknak pon fikir bukan-bukan, tapi nak buat macamana. Keadaan yang memaksa. Cewah. Tak, aku serious nih. Jangan nak cewah-cewah. Makan lempang kang.

Syak wasangka. Aku tau kalau dalam perhubungan nih jangan pernah ada syak wasangka. Tak kisah lah hubungan cinta ke, persahabatan ke. Harus saling percaya-mempercayai. Memang, bukan aku tak percaya langsung, aku percaya apee. Tapi kita kalau dengan orang lain nih tak boleh nak 100% percaya sangat. At least perlu ada syak wasangka so buatkan diri kita lebih berhati-hati dan menjaga sesuatu tuu dengan lebih lagi. Aku bukan syak yang membabi-buta. Cuma aku risau. Sebab tu aku berprasangka yang bukan-bukan. Risaulah weh, korang faham kan? Korang tak fahamlaa, korang bukan kat tempat aku sekarang nih. Haih.



Setiap insan di hadiahkan dengan akal dan nafsu...jika akal mendahului dan memandu nafsu, akan berbahagialah insan tersebut. Namun sebaliknya jika nafsu yang yang mendahului maka binasalah jiwa itu.


Tula aku pon rasa aku ikut nafsu, tuu yang jiwa kacau nih. Memang aku tau dalam keadaan selalu bersyak-wasangka, kita selalu fikir yang bukan-bukan. Cari kesalahan yang remeh-temeh dan kemudiannya kaitkan dengan syak-wasangka kita tuu.



Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.




Even he did nothing wrong, but still, fikir yang bukan-bukan. Yes, my weakness. Suka serabotkan kepala otak dengan benda-benda macamni, syak wasangka, high level of jealousy, fikir bukan-bukan. Is it because I'm not trust in you? Noooo! It is NOT because I'm not trust in you, tapi sedikit rasa tak percaya untuk aku lebih berjaga-jaga tuu perlu ada. Takkan nak 100% percaya. Lepas tuu kepala aku kena pijak balik laa kan. 


Okaylaa, rasanya mana-mana perempuan pon bila ada rasa syak wasangka nih lepastuu mestilaa nak si dia pujuk and explain sedaya upaya bahawasanya si dia setia kan. Macam tu lah jugak aku nih. Yela, aku perempuan. Ingat laki ke?   Pfft. So at least kurang sikit syak wasangka tuu. At least aku tau dia ikhlas dengan aku. Okayla, cam bab cintan je laa pulak kan. Tak kisahlah, dengan si dia ke dengan kawan-kawan ke sama laaa motifnya di sini. Yakinkan kami dengan kata-kata anda bahawa anda ikhlas dengan kami. Pernah dengar tak perempuan lebih memerlukan kepastian? Tak kira dalam apa situasi sekalipun. Dalam bercinta, itu pasti. Setiap hari nak pastikan si dia sayang kita tak. Nak pastikan perasaan si dia pada kita. Nak pastikan si dia tak mempermainkan kita. Semua tuu walaupun remeh, tapi itu yang aku nak tau setiap hari. Risau hatinya berubah. Itu aku laa, perempuan lain aku tak tau la pulak macamana. Tu pon kalau CikZira bercinta laa kan. Eceh, cover line. 


Dah laaa, dari tadi membebel je sesorang kat sini pon tak guna jugak. CikZira dah lapar, CikZira nak makan. Nak tengok Edisi Khas Johan yang kelakar-tak-hingat tuu. huu. Apelagi, moh kite! 




Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti akan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

D'Massive - Jangan Menyerah

*The song just nice. Aku malas letak lagu kat sini, pepandai korang search kat youtube ke ape ke. Challo beteh!


Sunday, September 11, 2011

Perot Tersenyum Lebaaaaarr!


Hihi, seronok seronok~ Kenyang betol harinih! Makan free, semua sedap-sedap pulak tuu! huisy. Rugi pada yang tak menghadirkan diri anda. Saje bakar line. huhay!

Posing skettttt

Nak sambung past entry lepas tuu la kan sebenarnya. Memang meriah tadi! 
Jom menjamu mata! hihi 

Haa, nih sedikit makanan yang telah disediakan untuk tetamu-tetamu. Kitorang *aah, kitorang lah sangat* serve soto, nasi impit + kuah kacang, laksa, bihun goreng, and makanan-makanan sampingan lain laa macam buah tembikai, agar-agar, cake, etc etc. hihi.



Sebahagian tetamu puan mama and encik ayah yang datang tadi laa. Start memenuhi perkarangan rumah *eceh, perkarangan istana ke ape* around 10.30am and start majlis around 11am camtulaa. Nih yang sempat di snap lah, yang dekat luar kat tepi-tepi tuu ramai lagi actually. Phew.


Haaa, kan last entry I ada mention pasal hias-hias pentas kecik and all kinda stuff right? *Serious aku tak faham nape ngan tulisan aku harinih, poyo je rasa* and tadaaaa nih laa tujuannya. Untuk persembahan adik-adik kecik dari puan mama punya nursery, Taska Okid. Ada hafazan sikit then nasyid khas yang dilatih sendiri oleh pengasuh Taska Okid, Cik Ina. Fyi, budak-budak nih just 3, 4 and 5 years old okay! SANGAT adorable!



Just gambar-gambar-gedik-kau-macam-orang-nak-tengok-sangat sampingan untuk tatapan korang yang nak menatap laa. Taknak sudah, tak paksa. No harm! hihi.

Tujuan disini bukan untuk menayang lubang hidung tuu ataupun lipstick merah makngah, tapi nak tunjuk Sampul Duit Raya Angry Bird ku yang kewl giteww! hihi. Serve untuk budak-budak kecik je laa kan. Tapi tadi encik boyfie dapat jugak, lebih lagi daripada budak-budak kecik tuu. Special kan? Yes I know I'm sweet. Ehem. Thank you.

Sekarang, aku dah penat teramat sangat nih, lepas trip kawan-kawan parents beransur pulang datang pulak kawan-kawan si adik-adik. Pon ramai gila and malas dah snap picture. Sampailah ke petang still ada lagi yang masih datng termasuklah encik boyfie. Thank you for those who coming today! The kids were awesome! The foods are really superb delicious! And me is really tired! Erk. Okayla tuu, penat tapi puas hati babe! hihi.

Till we meet again loves! ^^

Saturday, September 10, 2011

Banyak cakap la kau Cik Zira!

Hai hai, wassup wassup! Ngee, bukan Mila in the house yea. Cik Zira in the house nih, memang tengah ada kat rumah nih. hihi. Kenapa? Sebab esok ada openhouse nih! Mana boleh miss event-event menarik dan mengenyangkan perut nih! Tak boleh~ Tak boleh~ hihi.


Puan Mama macam paham-paham je pepagi dah call. Bukan call suruh balik, call tanya nak mama bank-in duit tak nak suruh aku duduk diam-diam takpayah gatal balik rumah. =.=" hihi, puan mama tuu biasalah, dia malas tengok anak-anak dia susah-susah ulang alik penat bawak kereta semua. Padahal anak dia nih yang memang suka susahkan diri sendiri. huhay! Tapi dengar laa background suara encik ayah kata 'biarlaa dia nak balik, suruh ambek ekin sekali' Ekin disini adalah cik adik aku laa. huu. See, encik ayah jugak cool. hihi. 


Pastu lepak UiTM jap tunggu si adik, aku terusha laa sorang student nih cam agak berisi laa badan dia. Okay fine taknak hipokrit, but memang berisi lah senang cite. Kesian aku tengok, panas-panas jalan sesorang. Orang lain jalan dengan kawan-kawan, huhahuha dengan kawan-kawan. Hmm. Aku pernah laa terbaca entry-entry blogger blogger lain pasal wujudnya sikap memilih kawan nih. Ada yang nak kawan dengan orang cantik-cantik stylo-stylo je baru korang pon sama nampak stylo jugak, yelaa tumpang ke-femes-an diorang kan. Abes, yang gemok-gemok yang huduh-huduh macam aku nih korang taknak kawan. Tak baiklah, ntah-ntah diorang tu laa yang paling setia jadi kawan korang. Paling ikhlas berkawan. Dan jugak paling bersih hatinya. Almaklumlaa, banyak kes laa weh dengki-dengki antara kawan nih. Tak boleh tengok kawan lain lebih sikit, cantik sikit, pakai barang mahal sikit, even antara kawan baik sendiri. Ish ish ish. Aku pon tak faham apa kaitannya dengan budak perempuan yang aku nampak tadi, tapi ntahlaa. Sebab aku kesian kot tengok dia jenjalan sesorang takde kawan. huu.


Haaa, lagi satu nak cerita gambar raya family aku dah siap! Okay, aku tak cantik dalam gambar tuu. Sobs. Fine, memang dah tak cantik, posing or sengihlaa macamane pon tetap tak cantik kan. Saya tahu itu. huhay! 


Tengok, encik ayah dah siap gantung dah gambarnya. Tapi gantung tak cantik, tak sama tinggi dengan frame sebelah. Kena tanggal balik okay encik ayah?
No no no. 

Haa, esok family aku punya openhouse. But yes, sedih sebab kawan-kawan yang ada sekitar Teluk Intan nih dah mula balik campus masing-masing. Tak dapatlah datang yea? Takpelah, tahun depan la pulak. huu. Nih kira sekali laa untuk kawan-kawan puan mama, kawan-kawan encik ayah, kawan-kawan si anak-anak sekali lah. Agak ramailah nampaknya. Plus puan mama kan owner nursery, mesti ramai parents budak-budak nursery tuu datang, siap nak buat pentas kecik haa kat rumah. Fyi, dulu lepas SPM, i pernah tau jaga budak-budak nih. Setakat jaga budak, buat susu, tidokan baby, mandikan baby, small the matter lah. Ehem. Berlagak. Buat baby nanges pon pandai gak actually. hihi. 

Puan mama posing ngalahkan aku. Yang kena gantung ketupat merah tuu aku-yang-manis nih jugak laaa. huhay!

Haa nih kira background 'pentas' laaa. Saje gedik jap. hihi.

So far, ketupat segera je yang dah siap rebus, Yang lain-lain malam baru start masak.

Wait for next entry nak tengok meriah or tak meriah openhouse Cik Zira Punya Cerita nih? Pentas kecik tuu untuk apa sebenarnya? Banyak tak makanan-makanan sedap? hihi. See ya later!



Friday, September 9, 2011

How I wish to turn back times



Halamak, cliche je title entry kan. Lantaklaa, tak tau nak letak tajuk apa. hiks. Takde, aku cam sedang mengemas-ngemas folder kat lappy aku nih tadi. Bersepah! Picture kemana, document kemana, movie kemana. Aku pon sama serabot macam folder-folder nih dah haaa~ haih. 

Usha laaa pictures lama-lama aku time-time gila-camera tiga tahun lepas. Masa aku vogue-vogue gitewww. ngehngehngeh. Fine aku tipu. Diam, jangan cakap pape. Dulu aku kurus weh! Aaa yang nih aku tak tipu. Betol aku kurus, DULU. haih~ 



Haaa kau tengok jah kurus tak kurusssss. Ekin pon kurus cekeding lagi haaa dulu. ish ish ish.

Baju nih tak silap aku beli dengan Mona sama. Kaler lain-lain. Besfren foreber kate ko! Tapi dia muat lagi laa kot baju nih, aku kalau pakai sekarang dah macam sarung nangka. Ketat kat lengan, ketat kat pinggang. Ah menyampah aku. 

Haa see! *berlagak*

Eh, Dausss? Okay abaikan. Teringat pulak tetiba kat Daus. hihi. Masalahnya, dia pon kurus lagi. Sekarang ntahleeee. huhay!


Haha, kalau nak tunjuk gambar vugie-the-vasttt aku nih sampai esok tak habes. Nampak tak tujuan sebenar? kekekeke.

Nah hambek kau latest punya picture. Picture speaks thousand words kan, so aku malas cakap pape. hihi. Jangan cakap aku gemok, lempang kang. 


Btw, nah baca sini tips-tips nak kurus macam Amber Chia. Kenal tak sape Amber Chia? hahaha, korang nih kelakar laaaa. Dah tetibe gelak sendiri. Adeyh.

See ya later! Thanks for viewing, silent reader! hohoho horlick!




Thursday, September 8, 2011

aaaaaaaa :|


Adeyh, saket perot! aaaaaaaaaaaaaaaa :|


..............................



Jom pergi makan! Lalalalalala~ *menyanyi sambil berjalan tergedik-gedik menghayunkan tangan yang pegang nasi bungkus* 

Sambil muka excited nak balik bilik, usha jap kereta kat parking. Awwhhh she's just nice sitting there. Eh? Apesal tayar kereta macam kempis je nih? Halamak, dia buat daaaaahh~ T.T

Adeyh, camno nih? Apo den nak buek nih haaa? Takde pulak mat-mat saleh lalu lalang, kalau ado buleh den mintak tolong. OMG, camne nih camne nih camne nih? *Naseb baik tak snap pic, malas aku tengah-tengahari buta nih nak ambek gambar* Ting! Okay, bawak pergi Petronas terdekat pam jap tayar nih. Tu je yang aku mampu lakukan. Nak tuka tayar sendiri, err. Pepaham laa sendiri. Aku bawak je pandai, tang lain tak reti. kekeke. Okay dah, serious. Tension aku terbongkok-bongkok pam tayar kat petronas tadi. Tergendala makan tengahari aku. Sobs. Okay, dah settle pam tayar, balik laa ape lagi. Tak sabar aku nak makan, lapar sangat da nih!

Nah, saje tempek pic nih. Takde masa nak snap pic time terbongkok-bongkok tadi. Huhay betol! Lain kali takmo meragam-meragam dah okay mucuk, pleaseeeeeeee :|


.................................


Yeay, dah sampai bilik! Lega, boleh makan laju-laju. Fine, sungguh-sungguh nampaknya lapar tuu. Lantak di situ~ 

Aah, kau makan ape semua kau nak ambek gambar kan, macam ade je orang nak tengok. Weh, blog aku kot, ate lantakle kat awok nak letak ke idak. kekeke. 

Harini, tengahari nih makan nasi lauk ayam goreng seketul ngan kuah asam pedas. Ka-ching! RM3 dik! Okay, mekasih kak! Jadileee, bujang~ hiks.

Dah makan punya makan, sekali pedas tak hingat asam pedas die. Aku dah bantai ambek banyak kuahnye, adeyh~ Kesimpulannya :

Tak habes leeee! 

Berkocak haa perot, adoyai. Dah la sakit perot makan sos black pepper western food ritu tak habes lagi nih. Tambah pulak dengan asam pedas yang memang pedas nih. aaaaaaaaa stress balik! T.T 


.....................................