Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, September 20, 2011

Untitled



Hmm..entahla kenapa semenjak dua menjak nih fikiran tak tenang sungguh. Banyak fikir benda mengarut laa agaknya. Ntahlaa, kalau boleh memang taknak pon fikir bukan-bukan, tapi nak buat macamana. Keadaan yang memaksa. Cewah. Tak, aku serious nih. Jangan nak cewah-cewah. Makan lempang kang.

Syak wasangka. Aku tau kalau dalam perhubungan nih jangan pernah ada syak wasangka. Tak kisah lah hubungan cinta ke, persahabatan ke. Harus saling percaya-mempercayai. Memang, bukan aku tak percaya langsung, aku percaya apee. Tapi kita kalau dengan orang lain nih tak boleh nak 100% percaya sangat. At least perlu ada syak wasangka so buatkan diri kita lebih berhati-hati dan menjaga sesuatu tuu dengan lebih lagi. Aku bukan syak yang membabi-buta. Cuma aku risau. Sebab tu aku berprasangka yang bukan-bukan. Risaulah weh, korang faham kan? Korang tak fahamlaa, korang bukan kat tempat aku sekarang nih. Haih.



Setiap insan di hadiahkan dengan akal dan nafsu...jika akal mendahului dan memandu nafsu, akan berbahagialah insan tersebut. Namun sebaliknya jika nafsu yang yang mendahului maka binasalah jiwa itu.


Tula aku pon rasa aku ikut nafsu, tuu yang jiwa kacau nih. Memang aku tau dalam keadaan selalu bersyak-wasangka, kita selalu fikir yang bukan-bukan. Cari kesalahan yang remeh-temeh dan kemudiannya kaitkan dengan syak-wasangka kita tuu.



Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati , itu bererti perempuan yang dicintainya meyakini bahwa ia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.




Even he did nothing wrong, but still, fikir yang bukan-bukan. Yes, my weakness. Suka serabotkan kepala otak dengan benda-benda macamni, syak wasangka, high level of jealousy, fikir bukan-bukan. Is it because I'm not trust in you? Noooo! It is NOT because I'm not trust in you, tapi sedikit rasa tak percaya untuk aku lebih berjaga-jaga tuu perlu ada. Takkan nak 100% percaya. Lepas tuu kepala aku kena pijak balik laa kan. 


Okaylaa, rasanya mana-mana perempuan pon bila ada rasa syak wasangka nih lepastuu mestilaa nak si dia pujuk and explain sedaya upaya bahawasanya si dia setia kan. Macam tu lah jugak aku nih. Yela, aku perempuan. Ingat laki ke?   Pfft. So at least kurang sikit syak wasangka tuu. At least aku tau dia ikhlas dengan aku. Okayla, cam bab cintan je laa pulak kan. Tak kisahlah, dengan si dia ke dengan kawan-kawan ke sama laaa motifnya di sini. Yakinkan kami dengan kata-kata anda bahawa anda ikhlas dengan kami. Pernah dengar tak perempuan lebih memerlukan kepastian? Tak kira dalam apa situasi sekalipun. Dalam bercinta, itu pasti. Setiap hari nak pastikan si dia sayang kita tak. Nak pastikan perasaan si dia pada kita. Nak pastikan si dia tak mempermainkan kita. Semua tuu walaupun remeh, tapi itu yang aku nak tau setiap hari. Risau hatinya berubah. Itu aku laa, perempuan lain aku tak tau la pulak macamana. Tu pon kalau CikZira bercinta laa kan. Eceh, cover line. 


Dah laaa, dari tadi membebel je sesorang kat sini pon tak guna jugak. CikZira dah lapar, CikZira nak makan. Nak tengok Edisi Khas Johan yang kelakar-tak-hingat tuu. huu. Apelagi, moh kite! 




Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cobaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti akan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

D'Massive - Jangan Menyerah

*The song just nice. Aku malas letak lagu kat sini, pepandai korang search kat youtube ke ape ke. Challo beteh!


No comments:

Post a Comment