Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 25, 2011

Jom tengok result SPM!

Assalamualaikum people! 

How's your day? Mine was absolutely disaster for these few days.
With lots of tests, assignments, laboratory report. 
It was like, pfft! -.-
Penat okay, serious tak tipu.
Asyik tengok nombor je dua tiga hari nih. Dari sekecil-kecil nombor sampai sebesar-besar nombor. Urff!
* Sumpah meja sangat berterabur semenjak dua menjak nih. hidup dah tak teratur! Huu

Actually nak balik Teluk Intan hari nih, nak renew car license. Tapi bila pikir-pikir dah macam malas pulak nak packing barang semua. Takpelah, sabtu n ahad nih duduk je lah dalam UTP nih, hari isnin nanti lah renew dekat post office. Check.

Saya obses dengan Taylor Swift! *Tetiba*
Okay bukan nak cerita pasal Taylor Swift. Hehe.
* Grr. Sangat comel! Plus plus lagu n suara yang sangat awesomeeeeeeee! I love you!
*Dah macam apa je -.-*

  1. Takutnya nak tengok result SPM!
* Sekadar hiasan. Ihsan : Uncle Google.

  • Haaa result SPM dah keluar hari rabu hari tuu tak silap. Rasanya laa. Betol tak? Hehe. So, nih Kak Nazira *bold sikt Kak Nazira tuu. Huu* nak ucapkan Congratulations! pada semua yang ambek result SPM last few days. Tak kira yang dapat straight A's or half je A's or yang takde A pon, tak kisahlaaa. Congrates semua okay! Alaaa akak pon bukan straight A pon dulu, chill je. Huhu. *Chill laa kan sebab dah tau memang tak berapa nak pandai pon. So, terima je keputusan tuu, setimpal pon dengan usahanya. Ngee* 
  • Teringat dulu masa nak SPM, *ish dulu study hard jugak masa nak dekat-dekat SPM, Sejarah Fizik semua hafal bagai nak rak!* tambah pulak dengan high expectations dari family, memang tekanan laa. Lagi tekanan masa nak tengok result, pagi-pagi dah pikir 'tengahari or petang-petang nanti sure makcik-makcik sedara call nih tanya SPM dapat berapa, tak dapat bagus, maluuuuuu'. Memang cuak lah nak tengok result. Tapi Alhamdulillah lah even tak dapat straight A's tapi semua credit. Balik istana masuk mengadap mama and ayah tuu yang paling menakutkan! Huhu. So, macam biasa lah hadap je lah kan. Semua result yang saya dapat macam biasa tak pernah dapat puaskan hati parents. Tapi takpe, kita nih sebagai anak faham diorang parents mestilah nak tengok anak-anak diorang nih berjaya, dapat keputusan cemerlang, boleh dibanggakan. Tapi, kalau dah setakat tuu je kemampuan kita, nak buat macamana kan. Even dah study terok tetap dapat banyak tuu jugak nak buat macamana, bersyukur je lah. Sebenarnya kita nih manusia semua sama je, tak boleh nak cakap 'ko takpelaaa pandai, aku tak pandai'. Orang yang pandai tu lahir pon bukan terus pandai, belajar jugak macam orang lain. belajar kenal huruf, mengeja, barulah boleh baca dengan lancar. Yang bezakan kenapa orang tu dapat lebih tapi kita dapat sikit, ialah usaha kita. Dah kita usaha sikit, dapat pon sikitlah. So, jangan sesekali salahkan parents kalau mereka kecewa dengan apa yang kita dapat. Salahkan diri sendiri sebab tak beri yang terbaik. But, parents pon sepatutnya lebih memahami pada waktu-waktu anak-anak perlukan semangat dari kalian. Beri mereka semangat untuk terus berusaha bukan memperlekehkan apa yang telah diperolehi. Perlu ada rasa bertimbang rasa. Tu yang penting. Rumahtangga yang bahagia datang daripada hati yang ikhlas yea, akal yang cerdas yea. Dah macam Johan Raja Lawak dah. Haha *Okay takde kena mengena*
  • Berada pada tahap nih, di salah satu Universiti  yang meletakkan a very high expectation on every each their student memang bukan mudah. Lagi banyak tekanannya yea wahai adik-adik. Tabahlah. Banyak lagi yang perlu korang lalui. Bukan setakat SPM tu je okay. Move forward, tingkatkan lagi usaha okay! *Cewah, nasehat orang cukup hebat. Huu* 

* Nak promote satu link, especially lah untuk bakal-bakal pengantin yang perlukan perkhidmatan membuat kad kahwin style baru, urban and fresh! Sekarang nih macam-macam pattern kad kahwin kan. So, sini saya nak suggestlah few my friends ada buat business designing, not only for kad kahwin, but banner, t-shirt, business card, etc. Korang boleh contact Mr. Anip Adnan nih or like sini. *Tak faham betol, last point mesti nak cakap pasal wedding*

Okay peeps, have an enjoyable weekend! 
Assalamualaikum!


4 comments:

  1. aku punya pegangan nk berjaya dgn gaya aku sndri...

    ReplyDelete
  2. wah, gaya macamana tu? hehe. depends pada individu tu sendiri la kan.

    ReplyDelete
  3. yup... its how u want to success with ur own style...rite...

    ReplyDelete