Daisypath Anniversary tickers

Sunday, March 6, 2011

Gemuk? urrrrffffffff!

Oh, hi friends!
Assalamualaikum~


Okay, takde buatpe pon. Sambil-sambil dengar radio je nih. Ish, kekadang meluat dengar diorang nih berceloteh. Ntah apa yang diorang mengarut madah-madah cintalah apa lah. Bosan! Orang nak dengar lagulah bukan nak dengar korang mengarut! Grr. Lagu pulak macam dah takde idea sangat nak buat lagu. Ish, jangan mengarut sangatlaa kalau buat lirik tuu. *Over pulak marah* -.-"


Saya dah gemok. Yes, seronoknyaaaaa dah gemok! Adoi. Semua cakap saya dah gemok. isk, sedih sedih. Siapa yang cakap? Meh nak sepak laju-laju! Huu.
Camne nak bagi tak gemok balik nih? Nak macam dulu-dulu balik~ isk isk. Encik Anip pon dah kata saya gemok~ Urrrfffffffff! -.-" 


Pastu, saya tetibe rasa macam nak suruh Pakcik Google tolong google-kan untuk saya petua-petua untuk kurus. Huu. Okay, jom kita baca sikit :


1. Air limau nipis boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.



* heh, mana pulak nak cari limau nipis limau kasturi bagai dekat sini. -.-"
2. Serbuk teh cina yang mujarab.

Caranya: Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

* aaa tak sedap kot teh cina nih~ next! next! 

3. Air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda.

Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

* nih best laa sikit. kalau beli je yang sejuk dekat 7Eleven tuu boleh tak agak-agak? -.-"

4. Teh Cina + serbuk kayu manis + madu
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

* serbuk kayu manis? macam tak sedap je. taknak!

5. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

* Okay, takde kena mengena dengan bersalin-bersalin nih. next! -.-"

6. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

* Oh~ untuk lelaki buncit je eh? haa, eloklah kalau Encik Anip baca nih eh. Haha. Kalau perempuan buncit cane pulak? O.o" 

7. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.



* teh tanpa gula eh, dah rasa apa je camtu. ish.


Heh, semua pon tak best. Dah laa, malas nak ikot. Janji kita happy sudah~ Biar je lah cani. Kesah pulak. Haha. Makanlah apa korang nak makan. Tapi jangan melampau sangat dah laa eh. Nanti kalau gemok sangat, korang jugak yang menyesal. Hehe. Peace! Assalamualaikum!




* nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa!







No comments:

Post a Comment