Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 24, 2012

Sakit dada

Harini hanya duduk-duduk *sebenarnya lebih kepada online facebook dan mengedit blog* menghabiskan sisa-sisa terakhir bekerja di Eng Han Bina Sdn Bhd. heheh. Esok masih lagi bekerja, walaupun jumaat dah raya tapi nasib baik lah esok last. Kalau masih kerja dekat sini, hari sabtu dah kena kerja balik! Peh serious scary. Khamis sampai ahad dah la nak balik Johor, kalau sabtu kena kerja tak balik johor lah aq! Brrrr. Tapi takpe, esok last. heheh.

Semalam Cikzira suffer chest pain yang sangat terok dari pagi *start je duduk dekat kerusi office* sampailah balik kerja *duduk je dalam MAQ nak balik rumah terus hilang sakit* Pelik! Tak tau lah kenapa, tapi sakit dada bahagian kanan terus sampai ke belakang tekak buatkan rasa nak sendawa and nak termuntah. Macam dada kena tekan dengan kuat. Lemas. Tak tau laa exact word nak bagi tapi itulah yang Cikzira rasa. Nafas pendek, macam something burning dalam dada. Jenuh satu hari tahan sakit, cuba minum air masak yang bibik bawakkan dari rumah untuk legakan sakit tuu tapi still tak hilang. Sakitnya sampai menggigil jugaklaa *dah la aircond sejuk gila!* And dalam sakit-sakit tuu gagah jugak search kat internet nih pasal sakit dada bahagian kanan nih petanda apa. Mana lah tau sakit jantung ke, hish scary. Then dah search mostly kata kalau sakit jantung biasanya akan sakit dada bahagian kiri. So lega lah *sikit* tapi baca kalau belah kanan tanda tulang berlaga lah, ulser lah, etc. Then tengahari makan bekal yang bibik bawakkan, hilang sikit sakit tapi 15minit after terus sakit balik. Serious sakit! Mengadu kejap dekat Anip *ngada-ngada sikit :P* pastu kena paksa-rela pergi klinik untuk check la kenapa sakit camni. Jujur nak mengaku, Cikzira takut jumpa doktor. Hmph. Even cuma buat check up tapi nanti jantung berdegup kencang *serious tak tipu* sebab pernah jadi dulu doktor tuu ambek reading apa ntah pastu waktu tuu memang Cikzira nervous and maybe reading tuu naik tinggi sikit then doktor tuu kata 'jangan nervous, relax relax'. Cikzira pelik la camne die boleh tau aq nervous nih, masa tuu kecik lagi la. heheh. Haa sambung balik, tapi bila duduk je kat MAQ nak balik terus hilang sakit dada. Takpelah sampai Seksyen 7 pergi ambek boyfriend dulu kat rumah dia, then dia teman pergi klinik kesihatan nearest

Cikzira : Hi doctor, evening. *buat-ramah*
Doktor : Hi, you miss Nazira? Okay come sit here.
Cikzira : *Sitting*
Doktor : Sakit apa ye?
Cikzira : Okay harini satu hari dada I sakit, susah nak bernafas, rasa nak muntah, bla bla bla.....
Doktor : Pukul berapa it happens?
Cikzira : Dari awal pagi 8.30 once I duduk je dekat kerusi bila sampai office, sampai petang baru okay.
Doktor : You ada asma? Family you ada asma?
Cikzira : Dulu ada masa kecik, tapi dah takde bla bla bla.......
Doktor : Parents you ada yang sakit jantung?
Cikzira : Parents I takde sakit jantung.
Doktor : You ada dieting ke? Skip meals? Ada rasa burning ke kat dalam?
Cikzira : Diet takde, bila lapar I makan je. Dulu yes I makan tak teratur, petang baru makan tengahari bla bla bla..............Yes, macam burning, macam kena tekan bla bla bla...........
Doktor : Okay I check, you tarik nafas bila I suruh k.
Cikizra : .......................
Doktor : Bukan lung problem, everything is normal. I suspect you gastrik. Jangan skip meals bla bla bla....................Nevermind, I bagi you ubat bla bla bla............try dalam seminggu kalau still sakit dada, datang balik check, maybe bukan gastrik. maybe something else. Maybe ulser or anything else yang kena check balik.
Cikzira : Oh, okay doctor. Thanks ye!

So, harap-harap just gastrik je lah. Bukan berharap nak sakit gastrik, tapi yela daripada aq sakit lain-lain yang lagi teruk macam ulser ke kanser ke, sakit jantung ke, lagi parah ape. Hope takde dah sakit dada nih, serious tak suka. 

Ingat, jangan skip meals okay! Makan on-time!

Have a nice day! ^.^

No comments:

Post a Comment