Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 26, 2013

Mengumpat

Kenapa perempuan suka mengumpat?

Mesti korang macam 'Eleh Zira, macam ko tak pernah mengumpat?' kan? Okay fine tapi jenis CikZira dengar mungkin banyak kali tapi menokok-tambah atau menambah untuk memburuk-burukkan lagi orang tu memang so not me lah. Memang dengar tu pun dah berdosa sebenarnya..T.T


So, apa punca yang menyebabkan orang terdorong untuk mengumpat? Instead of I used the word 'perempuan', better I make it universal sebab kat office nih pun yang lelaki pun kaki gossip! Oh myy.


1. Mungkin rasa diri hebat
Pantang oranglain ada yang tak kena, ada kekurangan, mula nak canang satu office. Setiap kali jumpa orang, setiap kali tu jugakla dia bukak cerita. Kat workstation bercakap pasal orang tu, kat pantry bercakap pasal orang tu, kat toilet pun nak bercakap pasal benda yang sama?! Seriously? Lama-lama kita yang mendengar nih boleh muntah dengar cerita dia!One or 2 days yang pertama memang oranglain pun kadang-kadang macam eksaited and curious and bersemangat nak tau cerita tapi kalau dah sampai sebulan asyik bercakap pasal tu, okay boleh muntah sekarang.


2. Mungkin geram dengan boss yang suka bagi byk kerja?
Yang nih pun pelik. Bila boss suruh buat itu ini wah hebatnya mengampu. Baik, don't worry, everything settle! Bila boss blah je, sokseksoksek dengan member sebelah belakang kiri kanan depan mengata boss. Boss bagi kerja byk la, boss tak buat kerja lah, boss itu lah boss ini lah. Dengan cerita-cerita scandal boss pun pergi bukak. Perlu ke? Lepastu bercakap kuat-kuat 'Oh I cannot do this anymore, I'm so stressed..She not even doing her work..Going out all night, all this bulls**t now is put on me and she's just save her a*s!' Nih jenis mengeluh sambil mencarut-carut bajet mat saleh bagi satu department dengar. Masalahnya peribadi is peribadi lah. Even if you knew what she's doing out there pun, you tak boleh canang kat semua orang kat office. Aduhaii.


3. Mungkin tak boleh tengok oranglain lebih dari diri dia.
Yang ini pun biasa. Bukan setakat kat office, time belajar or dimana-mana saja memang akan ada golongan seperti ini. Si A pakai beg Gucci, si B mula lah sokseksoksek dengan si C yang beg tu tak ori lah, mcm beli kat uptown lah, etc. etc. Kalau jenis nih ajak CikZira mengumpat memang tak jalan lah sebab CikZira memang tak suka nak layan kau yang ingat diri kau je mampu. Ape oranglain tak mampu ke? Lantak dia la dia pakai beg Gucci pon, dia ada duit. Ori ke tak ori ke biar, ada aku kesah. CikZira pun tak pernah nak ada barang-barang branded nih. Asal boleh pakai je. Tapi takde pulak kesah nak jeles oranglain pakai branded. Tak faham dengan golongan tak boleh tengok oranglain lebih nih. Masalah.

4. Talam dua muka
Haa ini pun lagi satu symptom yg kelakar. Contohlah, one day, group of people nih tgh bercerita lah perihal masing-masing. Masing-masing pun tunjuk hebatlah, biasalah tu kan taknak kalah. then bile tetibe si A keluar dari office ade meeting ke whatsoever, yg lain-lain si B C D E nih mule start 'eleh takdelah hebat mane si A tu, ntah pape je bla bla bla bla'. Padahal tadi masa dia bersembang elok je semua 'oh really? OMG bestnye, so nice bla bla bla' Nampak tak bermuka-muka? Lepastu bila si A dah balik, si B pulak keluar kemane ntah, si A pulak bercakap dgn yg si C D E 'You dengar x tadi si B cakap ape, macam bagus je..bla bla bla' Padahal masa sembang tadi pun sama kekonon eksaited Oh so nice of you, so good, so bla bla bla.. Haha. Tambah bila jenis yang bercakap kuat so memang semua orang akan dengarla. Masalahnye yg lain-lain tu pun sama bermuka-muka. Oh my God, tak boleh hidup dgn org macamni. Depan cakap lain, belakang silap-silap tikam kita. Lelaki perempuan sama.

So, sebenarnya boleh je elak dari mengumpat/mengata/bercerita yang buruk pasal orang nih. Banyak lagi benda faedah lain yang boleh buat. Mungkin sebab-sebab ini yang buat CikZira tak berapa nak bergaul dengan officemate nih. Jenis senyap je kat office. Sampai digelar sombong. But like I care? Haha. Banyak lagi kerja lain aku boleh buat dari duduk melepak dengan korang dengar gossip korang yang sampai kesudah tak habis tu.CikZira berkawan, tapi just berkawan biasa jelah. Not that rapat untuk tau semua cerita-cerita dalam kain you and semua orang yg you bawak cerita tu. Huhu. 

"Rasulullah S.A.W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud :"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)" 
"Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)"
"Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui"."

Cuma untuk peringatan buat diri sendiri dan oranglain :) 

1 comment:

  1. bagi kerja tak kisah, tapi bos ni suka memandang rendah kat kita dan fikir kita tak mampu nak buat. dia juga suka perli-perli kita. hati mana yang tak sakit.

    ReplyDelete