Daisypath Anniversary tickers

Thursday, June 27, 2013

Jiwa Antagonis. Alamak!

Penggemar watak antagonis?

Mesti semorang suka layan drama-drama melayu kan? Tak kesahla drama melayu ke cina ke india ke tamil ke hindustan ke filipin ke mexico ke tapi suka layan drama? And tak kesah jugakla drama petang ke pagi ke sinetron ke akasia ke samarinda ke ape ke lah yang penting drama ber-episod yang panjang lebar tu. Suka kan? Tambah kalau hero nya balik-balik aaron aziz, adi putra, aaron aziz, adi putra. Kan? Suka kan? Awak suka kan? Haaa jangan tipu lah hokehh. Hihi.

Lately nih kan drama-drama melayu nih memang sedikit sebanyak mencuri perhatian CikZira jugakla. First of all, CikZira jarang tengok tv semenjak dah kerja, duduk office dari pagi sampai ke malam sempat pulak aku nak layan de-drama nih kan. Tapi kadang-kadang bila weekend dah tengok tv, confirmla ada iklan-iklan samarinda lah akasia lah etc etc kan. So tertengok la iklan-iklan tu. Lagu OST menarik-menarik pulak kan. Yela lagu-lagu sekarang kan best-best. Lagu cinta mati tahap dewa. Tak pun lagu putus cinta sedih sampai nak meninggal. Yang bila kita dengar kita pun rasa nak meninggal sekali. Peh kate ko! Nak dijadikan cerita terjebak la haku nih teringin nak tengok. Tapi ofkos la tak tengok kat tv, tak sempatla makcik. So tengok kat tonton la ceritanye.

Tapi cuba perati kan trendnya drama sekarang nih, semua adaptasi dari novel. Kan? Perasan tak? Okay bukan semua la tapi mostly. Kan? Kenapa ye? Adakah penulis-penulis skrip dalam industri seni tanahair nih dah kekurangan idea untuk buat drama? Haa dah macam wartawan melodi soalannyee. Tapi yang CikZira perasan macamtu lah. Asyik diadaptasi daripada novel. Kalau dah cerita novel, confirm jalan ceritanya sweeeeeeett jela memanjang kalau yang bercinta tu. And hero mesti kacak hensem bergaya tinggi tegap kaya anak Dato' CEO syarikat dan sewaktu dengannya la kan? Sebab kebanyakan novel yang CikZira baca semua camtu. Hero kacak sesajee. Heroin cantik ayu lemah lembut persis mutiara haa. Haha. Tapi memang pelik kenapa sekarang semua nak adaptasi dari novel. Memang pelik. Pelik pelik.

Okay abaikan yang tu. Cuma nak cerita satu pesen CikZira nih jenis suka watak antagonis lagi daripada watak heroin atau watak baik. Muahahaha. Ha nampak gelak ahli sihir? Haha. Bukan drama melayu je, drama indon hindustan omputih cina filipin thai mexico vietnam dan seantero dunia nih memang watak antagonis je yang menarik perhatian. Haha. Nak tau sebab ape? Sebab :

1. Watak antagonis nih kepala otak dia boleh pakai.
Watak jahat nih kan selalu adeeee je plan-plan jahat yang cambest yang CikZira suke nak tengok ape yang die nak buat. Haha. Otak tu ade je pikir plan-plan untuk dapatkan ape yang die nak, walaupun kite dah tau plan tu takkan menjadi pun sebenarnye. Hihi. Cume bagusla, otak sentiasa berjalan. Sentiasa ade idea. Bagus bagus. Kalau time belajar nih mesti excellent la, mesti banyak idea. Hihi.

2. Heroin selalunya mesti macam OMG lembik jenis sengal percaya je cakap orang buta-buta.
Haha. Yang nih memang wajib. Kononnye heroin tu terlampau ya amat baiknya! Macam angel ade ring bercahaya atas kepala. Macam stupid sangat wataknye. Heroin je mesti lurus bendul, percaye sgt cakap orang, pikir nak yang baik-baik je, baik sangka la konon, lembik dan seangkatan dengannya. Tapi jangan risaula kebahagiaan pasti menjelma punya lah. Confirm happy ending. Heheh.

Ntahla kenapa lebih cenderung ke watak jahat berbanding watak baik nih. Watak jahat nih walaupun dia psycho ke tapi itu yang buat jadi best sebenarnye. Rase geram je. Haha. Mungkin sebab CikZira nih pun jahat jugak tu yang lebih suka dengan watak jahat kot tu? Haaa salah satu faktor gak tu kan. Hihi. 

CikZira tengok drama-drama nih semua kat tonton je. Mostly drama TV3 la. Macam Nora Elena, Setia hujung Nyawa, Cinta Jangan Pergi, Teduhan Kasih, dan banyak lagi lah. Tapi sekarang nih tengah tak benti layan Teduhan Kasih. Hihi. Bila dah tengok 1 episod, rasa tak boleh benti. Rasa nak tengok semua episod dalam satu malam. Sampai camtu. Same la mase layan Setia Hujung Nyawa tu. Tak puas tengok ke-sweet-an El dengan Zain. Tapi cerita tu pun suka jugak dengan Hadi yang jahat tu. Haha. Ha pastu sekarang suka layan Teduhan Kasih pulak sebab suka tengok Ayu dengan K. Long yang psycho gile ntah pape tu. Itu je. Haha. Memang jahat sungguh jiwa nih kan. So tula, tengok pon bukan disebabkan Iffah ke Ehsan ke oh memang tidak sama sekali. Sebab i bukannya peminat tegar Adi Putra. Hihi. Tapi sebab nabila Huda watak antagonis nya, tambah pulak dengan si K. Long yg tak betol tu ha memang padan sgt berdua tu jahatnye. Suke aku! Hihi

So tula, sebenarnye pelik jugak dengan diri sendiri kenape tiap kali tengok cerita mesti lebih tertarik dengan watak antagonis. Terdetik la macam nampak sgt aku nih jahat sebenarnye, suke pada bende-bende yang jahat. Boleh ke diklasifikasikan camtu? Memang die reflect personaliti kite ke? Ahh lantak. Mungkin sebab adanya watak-watak tu yang buat  sesebuah cerita tu jadi lebih interesting, jadi mencabar sikit kan. Tapi tula, mungkin aq kat dunia nih pun hidup sebagai salah satu watak antagonis dalam pentas kehidupan nih? Mungkin yang baik tu bukan aq? Mungkin aq pun jahat? Hmm parahh. Takde happy endingla nampaknye. Sobs sobs.


No comments:

Post a Comment